Majlis Mini Konvokesyen Bagi Murid-Murid Tahun 6 2010

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT pada 23 November 2010 ( Selasa ) bertempat di Dewan Sukma Indra acara Majlis Mini Konvokesyen bagi Tahun 6 dapat dilaksanakan dan berkat usaha serta doa daripada semua pihak terutamanya guru-guru tahun 6 dan tidak dilupakan para ibubapa, seramai 8 orang murid telah mendapat 5A dalam Peperiksaan Sijil Rendah (PSR).

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada murid- murid tahun 6, juga selaku tetamu kehormat majlis iaitu yang mulia Puan Hjh Hasnah bt Kula, Pemangku Penolong Pengarah Daerah Sekolah-Sekolah Rendah Brunei III.

Turut hadir ialah Penyelia Daerah Brunei III, Yang Mulia Cikgu Awg Rosli bin Hj Damit.

Acara dimulakan dengan solat sunat hajat berjamaah bersama ibubapa dan juga guru-guru bagi memohonkan kecemerlangan yang berterusan kpd murid-murid khususnya murid-murid SR Rimba II. Seterusnya perarakan masuk murid-murid tahun 6, diikuti dengan bacaan surah Al Fatihah dan doa selamat, oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Md Osmera.
Seterusnya ucapan daripada tetamu kehormat majlis dan diikuti dengan ucapan daripada guru besar.

Ketua murid iaitu Awang Md Adi Asymawi bin Jofri dari tahun 6D telah menjadi wakil untuk memberi ucapan terima kasih kepada Guru-Guru atas bimbingan dan usaha mereka yang telah sedaya upaya mengajar murid-murid Tahun 6 hingga berjaya.

Penyampaian hadiah-hadiah dan sijil-sijil diteruskan sejurus selepas ucapan daripada wakil murid-murid tahun 6. Hadiah-hadiah tersebut adalah berupa hadiah galakan daripada pihak sekolah, guru-guru secara peribadi dan juga daripada ibubapa.

Majlis tersebut telah diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama tetamu kehormat majlis.

Eahh279

Leave a comment