Majlis Solat Hajat bagi peperiksaan PSR 2010

Beberapa hari lagi peperiksaan PSR akan bermula dan kita sudahpun mendengar masing-masing sekolah merancangkan sesuatu yang berfaedah mengikut inisiatif guru-guru di sekolah tersebut dan antaranya ialah mengadakan solat hajat beramai-ramai yang juga melibatkan murid-murid yang akan menduduki peperiksaan tersebut dan tidak dilupakan para ibubapa yang tidak henti-henti mendoakan kejayaan anak mereka.

Begitulah juga rancangan yang telah dirancangkan oleh pihak sekolah SR Rimba II, bagi murid-murid yang akan menduduki peperiksaan tersebut.

Majlis solat hajat bersama para ibubapa tersebut telah diadakan pada 30 september 2010 yang lalu bersamaan 21 Syawal 1431H, hari Khamis, jam 5.30ptg.

Antara objektif majlis ini diadakan adalah bagi menyuntik dan.memberi semangat kepada.murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan serta mengajar murid-murid khususnya agar sentiasa ingat akan Kemampuan Allah dalam memberi rezeki apabila dikehendakinya.

Hadir pada majlis tersebut iaitu Yang Mulia Ustaz Haji Anwari bin Haji Rawee, Pegawai dari Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam. Hadir sama Pengerusi Persatuan Ibubapa dan guru, Awg Khalid bin Haji Maidin.

Antara aturcara pada malam tersebut ialah solat Fardhu Maghrib berjamaah, seterusnya solat hajat dan bacaan Surah Yaasin serta solat Fardhu Isya’ berjamaah.

Setelah itu sesi ceramah pendek dimana penceramah mengongsikan sedikit mengenai cara hendak memohon hajat agar dimakbulkan oleh Allah Taala ialah murid-murid hendaklah duduk bersama kedua ibubapa mereka dan kemudian ustaz bermunajat sambil semua yg hadir memohon doa yang di inginkan, dan ini adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW.

Acara juga diselajurkan dengan penyampaian hadiah galakan yang berupa sumbangan peribadi Guru Besar SR Rimba II, Yang Mulia Cikgu Zauyah bt DDW Haji Yusof kepada 12 orang murid yang masing-masing memperolehi 5A, 4A 1B, 4A 1C, 3A 2B dll.

Hampir 150 orang yang hadir pada majlis tersebut termasuk guru-guru, para kakitangan sekolah, Ibubapa dan juga murid-murid.

Diharap apapun yang telah dirancangkan dan segala permohonan kita semuanya akan di izinkan oleh Allah Taala dan akan menjadi kenyataan. Amin…

Eah279

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: