Majlis Penyerahan Projek Titian Murni Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam ke Permata Hati Sekolah Rendah Rimba II

Pada 01 Julai 2014 bersamaan 03 Ramadhan 1435 yang lalu, telah berlangsung Majlis Penyampaian Projek Titian Murni Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam ke Blok Permata Hati Sekolah Rendah Rimba II.

Hadir selaku Tetamu Kehormati alah Yang Mulia Dr Awang Hj Mohd Zamri bin Hj Sabli, Pemangku Penolong Pengarah Pendidikan Teknik Brunei, Kementerian Pendidikan. Turut hadir Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Rendah Jabatan Sekolah-Sekolah, Yang Mulia Cikgu Nudin bin Hj Mohammad serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Sekolah-Sekolah dan juga Unit Pendidikan Khas.

Majlis bermula jam 9.30 pagi iaitu sejurus ketibaan Tetamu Kehormat dan dimulakan dengan bacaan surah al fatihah yang dikepalai oleh Ustaz Rosley bin Hj Mohd Osmera, Guru Ugama SR Rimba II. seterusnya ucapan daripada Guru Besar SR Rimba II, Yang Mulia Cikgu Hjh Siti Mariam binti Hj Mohd Hashim, manakala Ucapan daripada Sekolah Vokasional Nakhoda ragam disampaikan oleh Cikgu Mohd Ariffin bin Abdullah Haji, tenaga pengajar selaku Penyelaras Projek Titian Murni, dan ucapan wakil pelajar Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam Awangku Nurul Hadzmie Aziman bt Pg Muhidin.

Setelah itu penyerahan Projek Titian Murni kepada Guru Besar SR Rimba II yang telah disampaikan oleh Pengetua Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam, Yang Mulia Cikgu Dk Hjh Hamidah bt Pg Hj Hidup, dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada pihak Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam.

Satu tayangan video juga ditayangkan dimana didalam video tersebut memperlihatkan perjalanan projek titian murni sehinggalah menghasilkan replika yang akan diserahkan kepada blok Permata Hati, seterusnya penerangan mengenai penggunaan replika tersebut yang telah disampaikan oleh Umi Syaheerah bt hj Ahmad Sarkawe.

Seterusnya penyampaian sijil-sijil penghargaan kepada 10 orang pelajar Sekolah Vokasional Nakhoda Ragam yang terlibat didalam menjayakan Program Titian Murni.

Majlis diakhiri dengan bacaan doa selamat dan sesi bergambar ramai murid-murid daripada Blok Permata hati bersama Tetamu Kehormat Majlis.

eahh279
hkho124

Majlis Ceramah Motivasi Bagi Tahun 6 bersama Ibu-Bapa

‘Berkarih dalam usaha kecemerlangan anak’  adalah antara fokus utama dalam ceramah motivasi yang diadakan di Dewan Sukma Indera, Sekolah Rendah Rimba II pada 5hb April 2014.

Ceramah motivasi yang mengabungkan dua buah sekolah Dari kawasan Brunei III iaitu SR Rimba II Dan SR HMJM, Kiulap adalah anjuran Bahagian Kaunseling Sekolah terbabit dalam usaha mempertingkatkan lagi keputusan PSR tahun ini.

Ceramah yang melibatkan lebih kurang 100 orang Murid Tahun 6 turut dihadiri oleh ibu-bapa serta Penjaga masing-masing, kaunselor-kaunselor Dan guru pembimbing.

Dalam ucapan alu-aluannya, Cikgu Hjh Jauyah Bte Hj Tuah selaku Guru Kanan Pentadbiran merangkap wakil Gurubesar SR Rimba II mengimbas kembali pencapaian keputusan PSR pada tahun 2013 yang telah mencapai target Kementerian Pendidikan iaitu 80% ke atas. Beliau juga menyebut mengenai komitmen Dan kerjasama Dari semua pihak inshallah Akan dapat menghasilkan generasi yang cemerlang dan berwawasan.

Ceramah telah di sampaikan oleh Cikgu Hj Ali Yusri Bin Abdul Ghafor, pakar motivasi yang tidak asing lagi di Negara ini. Beliau menekankan mengenai perlunya ”sikap berkarih ibu-bapa serta Penjaga’ dalam mencapai kecemerlangan anak masing-masing. 

‘Sebarang perubahan yang menjurus ke arah positif perlulah dibuat segera tanpa ditunda-tunda. Adalah penting bagi ibu-bapa / Penjaga mendisiplinkan anak-anak sedari awal serta menjadikan diri sendiri sebagai role model pada anak-anak. Pengurusan masa serta penjadualan yang khusus di rumah adalah penting untuk memastikan masa tidak terbuang begitu sahaja’, jelas beliau dalam ceramah nya.

Beliau juga turut membincangkan mengenai penggunaan alatan elektronik yang juga menjadi punca penghalang komunikasi dalam keluarga.

‘Cuba fikirkan, apakah benda yang selalu dipegang sepanjang masa, kalau tiada pasti dicari dan kadangkala lebih penting kewujudannya berbanding anak-anak sendiri? Jawapannya ialah Telefon Bimbit. Berapa ramai keluarga atau anak-anak yang seringkali membawa Telefon Bimbit ke meja makan berbanding dengan komunikasi secara langsung dengan ahli keluarga sendiri?’ 

Seterusnya beliau juga menyatakan mengenai kebaikan ‘air tangan ibu’ serta iringan doa-doa dalam masakan harian. Penerapan didikan ugama juga  harus diamalkan tanpa mengira masa. 

Ceramah diakhiri dengan bacaan doa diketuai oleh Cikgu Hj Ali Yusri sendiri dan di amin kan bersama oleh murid-murid yang hadir. 

Adalah diharapkan program ini akan dapat membuahkan hasil bukan sahaja dalam peningkatan keputusan peperiksaan tapi jua dalam menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Image    

Image 

Sesi Kongsisama ‘Phonics’ Bersama Ibubapa Murid-Murid Tahun I, II & III

‘Outreach Programme’ sudah menjadi sinonim dengan mana-mana sekolah sebagai satu langkah atau usaha kepada mempelbagaikan kaedah pengajaran demi kecemerlangan murid-murid dalam meningkatkan mutu pelajaran mereka dengan melibatkan para ibubapa dalam sama-sama membantu pembelajaran murid-murid agar menjadi lebih mudah dan senang.

Begitu juga Sekolah Rendah Rimba II turut sama mengadakan program ini, dan pada kali ini fokus utama ialah Matapelajaran Bahasa Inggeris iaitu pelajaran ‘phonics’ bagi Rendah Bawah Tahun 1 hingga 3, program ini telah disampaikan oleh Yang Mulia Cikgu Nordiah bt Hj Ibrahim, Guru Matapelajaran Inggeris Tahun 1, SR Rimba II.

Program ini telah diadakan pada 01 Mac 2014 ( Sabtu ), jam 2 petang bertempat di Dewan Sukma Indra, di Sekolah ini. Kedatangan guru-guru dan para Ibubapa pada hari tersebut adalah sangat menggalakkan. Turut Hadir pada hari tersebut ialah Yang Mulia Penolong Guru Besar II, Cikgu Marlia bt Hj Mohd Said. Program pada hari tersebut dimulai dengan bacaan surah al Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Rosley bin Hj Mohd Osmera dan seterusnya penerangan mengenai ‘Phonics’ dan program berakhir pada jam 3.45 petang.

IMG-20140301-WA0043

IMG-20140301-WA0046
( EAHH & HKHO )

Majlis Doa Kesyukuran Sempena 100 Tahun Pendidikan Formal Negara Brunei Darussalam

20140111_083231

20140111_083123

Pada 11 Januari 2014M bersamaan dengan 9 Rabiulawal 1435H, Sekolah Rendah Rimba II telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Pendidikan Formal 100 Tahun Bagi Negara Brunei Darussalam yang bertempat di dewan Sukma Indra, SR Rimba II.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ratib Al-Attas yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Md Osmera. Seterusnya majlis diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran yang di aminkan beramai-ramai oleh murid-murid di sekolah ini.

( HKHO & EAHH )

Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III Bagi Tahun 2014

Pada tahun ini Sekolah Rendah Rimba II telah diberi kepercayaan untuk menjadi Tuan Rumah bagi Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III. Kejohanan tersebut telahpun diadakan pada 5, 6 dan 8 Mac 2014 yang lalu. Sebanyak 11 buah sekolah mengikuti kejohanan tersebut. Pada tahun ini kejohanan telah diadakan di dua tempat berasingan iaitu Sekolah Rendah Orang Kaya Setia Bakti Kilanas dan juga Sekolah Rendah Dato Ratna Hj Md Jaafar, Kiarong.
Acara perlawanan saringan bagi mencari pemenang telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 5 dan 6 Mac 2014 seperti jadual berikut :

Sekolah Rendah OKSB Kilanas
1 Sekolah Rendah Tungku
2 Sekolah Rendah Datu Ratna Hj Mohd Jaafar Kiarong
3 Sekolah Rendah Beribi Telanai
4 Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut
5 Sekolah Rendah Hj Md Jaafar Maun Kiulap
6 Sekolah Rendah Rimba I

Sekolah Rendah Datu Ratna Hj Mohd Jaafar Kiarong
1 Sekolah Rendah OKSB Kilanas
2 Sekolah Rendah Rimba II
3 Sekolah Rendah Kg Mata-Mata
4 Sekolah Rendah Katok A
5 Sekolah Rendah PPSD Sahibul Bandar

Hasil daripada perlawanan saringan tersebut sebanyak 4 buah sekolah telahpun terpilih dan masuk ke perlawanan Separuh Akhir Kejohanan Bola Sepak iaitu :

Sekolah Rendah OKSB Kilanas
1. Sekolah Rendah Datu Ratna Hj Mohd Jaafar Kiarong
2. Sekolah Rendah Tungku, Gadong

Sekolah Rendah Datu Ratna Hj Mohd Jaafar Kiarong
1. Sekolah Rendah PPSD Sahibul Bandar
2. Sekolah Rendah Rimba II

Adapun Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III Peringkat Akhir telah diadakan pada 8 Mac 2014 ( Sabtu ), Jam 2 petang, bertempat di Padang Sekolah Rendah Datu Ratna Hj Mohd Jaafar Kiarong. Pada peringkat akhir ini sebanyak 4 buah sekolah telah berlawan dan berentap bagi meraih kejuaraan Kejohanan Bola Sepak. Perlawanan bagi mencari tempat Ketiga dan keempat iaitu diantara SR PPSD Sahibul Bandar dan SR Tungku, yang mana telah dimenangi oleh SR PPSD Sahibul Bandar dengan jaringan 1- 0.

Sejurus ketibaan Tetamu Kehormat Yang Mulia Cikgu Hj Zakaria bin Hj Duraman, acara dimulakan dengan bacaan doa selamat, diikuti dengan paluan gong oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat seterusnya sesi perkenalan bersama barisan pemain-pemain dan para pengadil, dan perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III pun bermula. Meraih gelaran Juara Bagi Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III jatuh kepada SR Rimba II, dan Naib Juara jatuh kepada SR Datu Ratna Hj Mohd Jaafar Kiarong. Acara seterusnya penyampaian hadiah-hadiah dan sijil-sijil kepada pemenang-pemenang perlawanan dan diakhiri dengan bergambar beramai-ramai bersama Tetamu Kehormat.

IMG_1536

IMG_1638

IMG_1666

IMG_1672

Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi Tahun 1435H / 2014M

20140118_082627

Pada 16 Rabi’ulawal 1435H bersamaan 18 Januari 2014M, Sekolah Rendah Rimba II telah berjaya mengungkayahkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Dewan Sukma Indra, SR Rimba II.

Seawal jam 7.45 pagi, semua guru dan juga murid bersama-sama berkumpul bagi sama-sama menyemarakkan sambutan tersebut. Sejurus ketibaan Yang Mulia Guru besar Cikgu Hjh Siti Mariam binti Hj Md Hashim bersama Penolong Guru Besar Cikgu Azimah bt Hj Ali Ahmad , majlis pun dimulakan. Turut hadir Pengerusi Persatuan Ibubapa dan Guru SR Rimba II, Tuan Hj Wahab bin Hj Jamil.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Mohd Osmera, Guru Ugama di Sekolah ini. seterusnya Bacaan dikir Assalai, seterusnya Dikir Bisyahrin dan diikuti dengan Tausyeh yang diketuai oleh Ketua Guru Ugama Ustazah Erny Azrena bt Hj Hassan dan juga guru-guru perempuan SR Rimba II dan di akhiri dengan bacaan dikir Asyraqal seterusnya doa selamat. Majlis berakhir kira-kira jam 9.10 pagi.

Antara objektif majlis ini diadakan adalah bagi sama-sama memperingati akan perjuangan Rasulullah didalam menyebarkan ajaran agama Islam serta pengorbanan yang dilalui baginda demi membangun empayar islam yang mantap.

( EAHH279 & HKHO124 )

Lawatan Ilmiah daripada SK Putrajaya Prescint (8) ,Malaysia

Pada 28 Jun 2013 yang lalu, sekumpulan guru-guru daripada SK Putrajaya , Malaysia membuat lawatan ilmiah ke SR Rimba II, seawal jam 8.30 pagi.

Hadir bagi mengalu-alukan kedatangan mereka, Penolong Pengarah Bahagian Rendah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah, Penyelia Kanan Daerah serta pegawai-pegawai daripada JSS dan Pusat Antarabangsa. tidak ketinggalan Persatuan Ibubapa dan Guru juga hadir pada hari tersebut.

Kehadiran mereka dialu-alukan dengan alunan muzik gulintangan yang telah dipersembahkan oleh Guru-Guru dan murid-murid yang diketuai oleh Cikgu Dk Nooralizah bt Pg Hj Tajuddin.

Hadir selaku wakil daripada SK Putrajaya Prescint (8)

Antara aturcara pada hari tersebut, ialah ucapan alu-aluan daripad Guru Besar SR Rimba II, Yang Mulia Cikgu Hjh Siti Mariam bt Hj Md Hashim. Seterusnya Ucapan daripada wakil SK Putrajaya Prescint (8). bagi sesi perkenalan, kumpulan telah dibentuk mengikut nama buah tempatan dan setelah itu “ice breaking” telah disediakan untuk setiap kumpulan mencipta satu lagu pendek dan dipersembahkan dihadapan pentas. selepas itu kumpulan- kumpulan tersebut dibawa melawat ke kawasan sekolah seperti blok pra, blok Permata Hati, Kelas-Kelas, Bilik ICT & Perpustakaan.

Setelah itu kesemua kumpulan guru-guru beredar semula ke dewan bagi menikmati hidangan ringan berupa kuih muih tradisi Brunei dimana setelah itu setiap kumpulan dikehendaki menjawab jenis-jenis Kuih yang telah dihidangkan.

Peraduan Menapih sinjang juga diadakan yang mana telah ditunjukcara oleh Yang Mulia Tuan Hj Wahab bin Hj Jamil, Pengerusi PIBG SR Rimba II.

Akhirnya sebelum mengakhiri lawatan Guru-Guru daripada SK Putrajaya mempersembahkan sebuah lagu 1 Malaysia khas buat semangat guru-guru seluruh Malaysia yang sangat unik dan indah. pertemuan diakhiri dengan makan tengahari dan bersalam-salaman.

EAHH279

Previous Older Entries