Majlis Ceramah Motivasi Bagi Tahun 6 bersama Ibu-Bapa

‘Berkarih dalam usaha kecemerlangan anak’  adalah antara fokus utama dalam ceramah motivasi yang diadakan di Dewan Sukma Indera, Sekolah Rendah Rimba II pada 5hb April 2014.

Ceramah motivasi yang mengabungkan dua buah sekolah Dari kawasan Brunei III iaitu SR Rimba II Dan SR HMJM, Kiulap adalah anjuran Bahagian Kaunseling Sekolah terbabit dalam usaha mempertingkatkan lagi keputusan PSR tahun ini.

Ceramah yang melibatkan lebih kurang 100 orang Murid Tahun 6 turut dihadiri oleh ibu-bapa serta Penjaga masing-masing, kaunselor-kaunselor Dan guru pembimbing.

Dalam ucapan alu-aluannya, Cikgu Hjh Jauyah Bte Hj Tuah selaku Guru Kanan Pentadbiran merangkap wakil Gurubesar SR Rimba II mengimbas kembali pencapaian keputusan PSR pada tahun 2013 yang telah mencapai target Kementerian Pendidikan iaitu 80% ke atas. Beliau juga menyebut mengenai komitmen Dan kerjasama Dari semua pihak inshallah Akan dapat menghasilkan generasi yang cemerlang dan berwawasan.

Ceramah telah di sampaikan oleh Cikgu Hj Ali Yusri Bin Abdul Ghafor, pakar motivasi yang tidak asing lagi di Negara ini. Beliau menekankan mengenai perlunya ”sikap berkarih ibu-bapa serta Penjaga’ dalam mencapai kecemerlangan anak masing-masing. 

‘Sebarang perubahan yang menjurus ke arah positif perlulah dibuat segera tanpa ditunda-tunda. Adalah penting bagi ibu-bapa / Penjaga mendisiplinkan anak-anak sedari awal serta menjadikan diri sendiri sebagai role model pada anak-anak. Pengurusan masa serta penjadualan yang khusus di rumah adalah penting untuk memastikan masa tidak terbuang begitu sahaja’, jelas beliau dalam ceramah nya.

Beliau juga turut membincangkan mengenai penggunaan alatan elektronik yang juga menjadi punca penghalang komunikasi dalam keluarga.

‘Cuba fikirkan, apakah benda yang selalu dipegang sepanjang masa, kalau tiada pasti dicari dan kadangkala lebih penting kewujudannya berbanding anak-anak sendiri? Jawapannya ialah Telefon Bimbit. Berapa ramai keluarga atau anak-anak yang seringkali membawa Telefon Bimbit ke meja makan berbanding dengan komunikasi secara langsung dengan ahli keluarga sendiri?’ 

Seterusnya beliau juga menyatakan mengenai kebaikan ‘air tangan ibu’ serta iringan doa-doa dalam masakan harian. Penerapan didikan ugama juga  harus diamalkan tanpa mengira masa. 

Ceramah diakhiri dengan bacaan doa diketuai oleh Cikgu Hj Ali Yusri sendiri dan di amin kan bersama oleh murid-murid yang hadir. 

Adalah diharapkan program ini akan dapat membuahkan hasil bukan sahaja dalam peningkatan keputusan peperiksaan tapi jua dalam menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Image    

Image 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: