Acara Kempen Mengibar Bendera Negara

Satu acara Kempen Mengibar Bendera Negara telah diadakan di Dewan Sukma Indera sekolah ini pada 9 Februari 2010 bersamaan dengan 24 Safar 1431, yang mana acara ini dikelolakan oleh Jabatan Penerangan dengan kerjasama Majlis Perundingan Mukim Gadong ‘A’ bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 26 tahun.

Acara tersebut dimulakan dengan acara penaikkan bendera dikawasan lapang sekolah  dan seterusnya menuju ke Dewan Sukam Indera. Murid-murid dari sekolah ini juga telah turut serta yang mana kumpulan koir sekolah ini telah memulakan acara di dalam dewan dengan menyanyikan lagu Kebangsaan ‘ Allah Peliharakan Sultan’ dan Lagu Patriotik ‘Bendera Negara’, dan salah seorang murid dari Tahun 6 sekolah ini telah mendeklamasikan Puisi ‘Bendera Ku Kibarkan’.

Satu ceramah khas juga telah sampaikan oleh Professor Madya Dr. Hj Awang Asbol bin Haji Mail, dan kemudian diikuti dengan penyampaian bendera oleh Tetamu Kehormat kepada penduduk mukim dan kampung.

Ini adalah beberapa petikan gambar yang diambil masa acara tersebut.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke 26 Tahun

Kami warga Sekolah Rendah Rimba II ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke 26 Tahun pada 23 Februari 2010, bersamaan dengan 9 Rabiulawal 1431 Masehi.

Dengan tema, “Negaraku, Brunei Darussalam”. Kami mendoakan semoga Negara Brunei akan sentiasa makmur, aman damai & sejahtera.. Amin…


Siaran Radio Sekolah Bagi Awal Tahun 2010

Dengan bermulanya tahun persekolahan 2010, SR Rimba II telah menyiarkan Siaran Radio Sekolah sebanyak dua kali iaitu pada 27 Januari 2010 dan 16 Februari 2010. Kedua-dua siaran ini telah di olahkan oleh beberapa orang guru dan 5 orang murid sekolah ini. Siaran pertama telah menyiarkan sedikit informasi mengenai Hari Pertama Persekolahan, ramalan cuaca dan juga menemuramah salah seorang murid dari Tahun 1.

Manakala siaran kedua

‘Contact Time’ Bersama GB, PGB1 dan PGB2 bagi Tahun Persekolahan 2010

Dengan bermulanya Tahun Persekolahan 2010, beberapa ‘contact time’ bersama Guru Besar, cikgu Hajah Noorliah, Penolong Guru Besar 1, cikgu Hajah Siti Mariam dan Penolong Guru Besar 2, cikgu Pengiran Shahril Annuar telah diadakan beberapa kali bagi memastikan kelancaran pentadbiran dan akademik bagi sesi persekolahan bagi tahun 2010. Dibawah ini dilampirkan beberapa petikan gambar yang sempat diambil semasa salah satu  sesi kongsisama yang diadakan pada 22/2/2010.