Siaran Radio Sekolah Bagi Tahun 2010

Dengan bermulanya tahun persekolahan 2010, SR Rimba II telah menyiarkan Siaran Radio Sekolah sebanyak dua kali iaitu pada 27 Januari 2010 dan 16 Februari 2010. Kedua-dua siaran ini telah di olahkan oleh beberapa orang guru dan 5 orang murid sekolah ini. Siaran pertama telah menyiarkan sedikit informasi mengenai Hari Pertama Persekolahan, ramalan cuaca dan juga menemuramah salah seorang murid dari Tahun 1.

Manakala siaran kedua telah menyiarkan mengenai  Laporan Kaji Cuaca, Sambutan Maulidul Rasul dan menceritakan kisah Nabi Muhammad S.A.W. Dua buah lagu berunsur keagamaan juga dimainkan dimasa siaran tersebut. Kuiz mengenai Maulidul Rasul juga dibukakan kepada murid-murid  sekolah ini.