Sambutan Isra’ Mi’raj & Hari Keluarga bagi SR Rimba II

Pada hari rabu 26 Jun 2013 yang lalu, pihak sekolah telahpun mengadakan majlis sambutan Isra’ Mi’raj dan diteruskan dengan hari keluarga bagi SR Rimba II bertempat di Dewan Sukma Indra.

Hadir selaku Pengerusi majlis pada hari tersebut ialah Guru Besar SR Rimba II Yang Mulia Cikgu Hjh Siti Mariam bt Hj Md Hashim, Penolong Guru Besar Cikgu Pg Shahrel Anuar bin Pg Hj Md Said,Pengerusi PIBG SR Rimba II, Yang Mulia Awg Hj Abd Wahab bin Hj Jamil , Ahli-Ahli Persatuan Ibubapa dan Guru, guru -guru dan murid-murid SR Rimba II.Turut diundang penceramah Khas daripada Jabatan Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama Yang Mulia Ustaz Hj Jufri bin Hj Hidup.

Acara dimulakan seawal jam 8.15pagi dengan dimulakan dengan bacaan surah alfatihah beramai-ramai dan bacaan doa selamat yang di ketuai oleh Yang Mulia Tuan Imam Hj Jalil bin Hj Putra, selaku Ahli Jawatankuasa PIBG. seterusnya persembahan lagu dakwah daripada gabungan murid-murid tahun 3 dengan tajuk persembahan “Erti Al Fatihah” sejurus selepas itu Penceramah menyampaikan ceramah beliau kepada semua yang hadir.

Antara kandungan ceramah beliau ialah agar membiasakan diri untuk datang ke masjid atau lebih senang lagi “cintakan Masjid”. beliau juga mengongsikan dimana semasa perjalanan baginda Rasulullah telah diperlihatkan balasan-balasan yang buruk bagi orang yang tidak melakukan solat seterusnya Nabi Muhammad SAW telah menghadap Allah untuk meminta pengurangan mengenai waktu solat daripada 50 raka’at menjadi 5 raka’at.

sebagai penutup majlis murid-murid tahun 6 lelaki juga membuat persembahan membaca Selawat Murah Rezeki.

EAHH279

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: