Majlis Pembubaran PIBG Sesi 2011-2013 dan Perlantikan PIBG Sesi 2013-2014

Setiap sekolah di Negara Brunei Darussalam ini telah berkuatkuasa satu akta mengenai pertubuhan Persatuan Ibubapa dan Guru, yang mana antara tujuannya untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibubapa dan juga guru serta berganding tenaga demi mempertingkatkan kejayaan didalam bidang akademik murid-murid.

Pada 30 Mac 2013 yang lalu, PIBG SR Rimba II, telah mengadakan Majlis Pembubaran PIBG sesi 2011-2013 dan seterusnya Perlantikan PIBG sesi 2013-2014. Majlis dimulakan pada jam 2.30 petang dengan bacaan surah Al Fatihah beserta Doa Selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Mohd Osmera, Guru Ugama SR Rimba II.

Antara aturcara pada majlis tersebut, ucapan daripada Pengerusi PIBG sesi 2011-2013, Yang Mulia Cikgu Hjh Siti Mariam bt Hj Md Hashim ( Penolong Guru Besar I ), seterusnya ucapan daripada Penasihat PIBG SR Rimba II Yang Mulia Cikgu Hjh Zauyah binti DDW Hj Yusof. Sejurus selepas Ucapan Pengerusi, pengundian AJk baru dijalankan dan seterusnya pembubaran AJk sesi 2011-2013 dan diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada semua ahli PIBG sesi 2011-2013.

Keputusan undian telahpun dimaklumkan dan pada tahun ini AhliJawatankuasa Tertinggi bagi PIBG SR Rimba II bagi sesi 2013-2014 adalah seperti berikut :

PENGERUSI : AWG ABD WAHAB BIN HJ JAMIL ( IBUBAPA )
TIMBALAN PENGERUSI : CIKGU PG SHAHREL ANNUAR BIN PG HJ MD SAID ( GURU )
SETIAUSAHA : AWG AMINUDDIN BIN IBRAHIM ( IBUBAPA )
TIMBALAN SETIAUSAHA : CIKGU NURUL IHSAN BT ABDULLAH ( GURU )
BENDAHARI : USTAZAH ERNY AZRENA BT HJ HASSAN ( GURU )
TIMBALAN BENDAHARI : HJ JALIL BIN HJ PATRA ( IBUBAPA )

* Manakala semua yang hadir pada hari tersebut secara otomatik menjadi ahli PIBG.

Setelah penyampaian sijil penghargaan, Pengerusi PIBG yang baru memberikan ucapan dan majlis pada hari tersebut diakhiri dengan sesi bergambar ramai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: