Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang Ke 29

Pada hari Sabtu 2 Mac 2013 bersamaan dengan 19 Rabiulakhir 1434h yang lalu, Sekolah Rendah Rimba II telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Yang ke 29. Acara bermula dengan perarakan bendera dan diikuti dengan perbarisan lalu yang diketuai oleh prefek sekolah, murid-murid dari MIS dan diikuti dengan pasukan dari setiap kelas.

Acara diteruskan lagi dengan menaikkan bendera disertakan dengan nyanyian lagu kebangsaan, bacaan doa sekolah dan doa khas H1N1 dan bacaan ikrar yang diketuai oleh ketua prefek iaitu Mohd Safwan Bin Abdullah Nur Mohd Zulkharnaen. Seterusnya ucapan dari Guru Besar iaitu cikgu Hajah Zauyah binti DDW Hj Yusof, dan diteruskan dengan persembahan deklemasi sajak dari murid-murid tahun 6 dan nyanyian beramai-ramai lagu patriotik.

IMG_7170

IMG_7172

IMG_7221

IMG_7291

IMG_7294

Selepas rehat, acara diteruskan lagi dengan aktiviti melukis poster menggunakan kain rentang mengikut level dan aktiviti mewarna. Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang perbarisan lalu dan poster kain rentang terbaik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: