Pada 6 Februari 2013, beberapa orang pegawai daripada Bahagian Promosi Kesihatan Mulut, Kementerian Kesihatan, yang telah diketuai oleh Dr Mary Cheong Poh Hua, telah berkongsi maklumat tentang Program Pemberusan Gigi Berfluorida Harian Bagi Kanak Kanak Sekolah Rendah kepada guru-guru disekolah ini.
Program ini bertujuan untuk mmengajar dan memupuk tabiat baik dalam menjaga kesihatan mulut dikalangan kanak-kanak sama ada di sekolah mahupun di rumah. Disamping itu juga, ia bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan gigi dan menurunkan kadar kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak sekolah rendah.
Guru-guru juga diberi tunjuk ajar cara memberus gigi dan menggunakan ubat gigi Pollypaste secara betul.
HKHO4323