Pertandingan Azan Subuh Beserta Doanya dan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim bagi Kawasan Brunei III

Pertandingan Azan Subuh Beserta Doanya dan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim adalah salah satu projek tahunan Bahagian Kokurikulum , Kementerian Pendidikan, NBD.

Hadir selaku tetamu Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Cikgu Haji Zakaria bin Haji Duraman, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Kawasan Brunei III.

Sebanyak 11 buah sekolah telah mengikuti pertandingan tersebut. Pada tahun ini, Bahagian Kokurikulum, telah mengubah format bagi menghafaz ayat-ayat lazim iaitu murid-murid dikehendaki menghafaz 3 surah iaitu Surah al A’laa, Surah as Syams dan Surah al Lail.

Alhamdulillah, setelah pertandingan dijalankan johan bagi Pertandingan Azan Subuh beserta Doanya dimenangi oleh Sekolah Rendah Bendahara Sakam Bunut ( Awg Ahmad Ridwan Azzawani bin Hj Md Lubis ), tempat Kedua jatuh kepada SR Rimba I ( Awg Md Fahmi Izzuddin bin Mudim Hj Awg Tamin ), dan tempat ketiga daripada SR OKSB Kilanas ( Abd Hanan bin Amir ).

Manakala Johan bagi Kategori Menghafaz ayat-ayat lazim jatuh kepada SR Rimba II ( Nur Shahirah bt Hj Bakar ), tempat kedua daripada SR OKSB Kilanas ( Salwa Wajihah bt Muhammad Wajeeh ), dan tempat ketiga daripada SR Rimba I ( Nurin Afiqah bt Awg Zulkipli ).

Pemenang menerima piala iringan dan cenderahati daripada pihak penganjur. Pemenang-pemenang pertandingan akan menjadi wakil kawasan bagi Pertandingan Azan Subuh dan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim Senegara yang akan diadakan kemudian.

eahh279/12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: