Majlis Khatam Al-Quran Bagi Semua Warga SR Rimba II & Majlis Penyampaian Derma Anak-Anak Yatim Beserta Pemberian Hamper Kepada Murid Daripada Keluarga Yang Kurang Berkemampuan

Pada 18 Ramadhan 1433H bersamaan dengan 07 Ogos 2012M, sekali lagi SR Rimba II mengadakan satu majlis yang berkebajikan bersempena bulan Ramadhan yang Mubarak iaitu Majlis Khatam Al – Quran bagi semua warga sekolah SR Rimba II.

Hadir selaku Tetamu Kehormat majlis Yang Mulia Ustaz Haji Salleh bin Haji Nasir, Ketua Unit Sekolah Rendah, Bahagian IRK, Jabatan Pengajian Islam, Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ahli-ahli Persatuan Ibubapa dan Guru dan juga para ibu kepada anak- anak yatim SR Rimba II.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yaasin bersempena Hari Keputeraan KDYMM, seterusnya diikuti dengan bacaan surah al fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Mohd Osmera. Setelah itu diikuti dengan bacaan ayat- ayat lazim daripada juz 30 iaitu dari surah ad-Dhuha hingga surah al- Lahab, bacaan takhtim dibaca oleh murid-murid tahun 6 perempuan bersama guru pengawas, setelah itu bacaan doa dibaca oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Mohd Osmera, sejurus selepas itu laungan dikir oleh murid-murid tahun 6 lelaki. setelah itu Tetamu Kehormat Majlis menjirus minyak wangi kepada peserta khatam.

Seterusnya majlis penyampaian derma berupa wang kepada seramai 12 orang anak-anak yatim, dan sejurus selepas itu penyampaian derma berupa hamper kepada seramai 103 orang murid yang terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Majlis diakhiri dengan doa selamat,  penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada Tetamu Kehormat Majlis seterusnya bergambar ramai bersama Tetamu Kehormat Majlis.

eahh279/12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: