Majlis Khatam Al Quran & Penyampaian Derma |Anak-Anak Yatim dan Murid daripada Keluarga Yang Kurang Berkemampuan bagi Warga SR Rimba II 1432H/2011M

Setiap tahun warga sekolah pastinya akan mengadakan Majlis Khatam Al Quran bersempena dengan Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan dan ganjaran berlipat ganda. Pada tahun ini peserta khatam adalah terdiri daripada guru-guru dan kakitangan sekolah ini.

Majlis dimulakan sejurus kedatangan Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Cikgu Hj Zakaria bin Hj Duraman, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Brunei I & III, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan. Bacaan Surah Al Fatihah di ketuai oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Mohd Osmera diikuti dengan bacaan Surah-Surah daripada Juzuk 30 iaitu dari Surah Addhuha hingga Surah Al Ikhlas.

This slideshow requires JavaScript.

 

Selepas itu bacaan Takhtim daripada guru-guru dan murid-murid perempuan tahun 4 dan 5, yang diketuai oleh Ketua Guru Ugama Yang Mulia Ustazah Erny Azrena binti Haji Hassan. Doa Khatam dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Md Osmera. Dikir Asyraqal dibacakan oleh guru-guru dan murid-murid tahun 4 dan 5.

seterusnya acara merenjis minyak wangi kepada para peserta khatam diikuti dengan pemberian bunga telur, setelah itu penyampaian derma kepada anak-anak yatim dan murid – murid daripada keluarga yang kurang berkemampuan yang bersekolah di sekolah ini.

Acara berakhir dengan bacaan doa selamat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: