Majlis Membaca Surah Yaasin, Tahlil & Penyampaian Derma Anak Yatim Bagi Sekolah-Sekolah Rendah, Zon Brunei III Bagi Tahun 1432H / 2011M

Sepertimana lazimnya, pada setiap tahun apabila tibanya bulan Ramadhan semua umat berlumba-lumba untuk mendapatkan pahala berlipat ganda dengan mengadakan berbagai aktiviti berkebajikan dimana pada bulan ini terdapat suatu keistimewaannya yang tersendiri iaitu apa sahaja perkara berkebajikan yang dilakukan didalam bulan ini semuanya akan mendapat pahala berganda.

Begitu juga dengan Badan Keugamaan , kebajikan dan sosial JAPSER BRUNEI III, tidak mahu ketinggalan mendapatkan pahala yang berganda dalam bulan ini dengan mengungkayahkan satu aktiviti berkebajikan iaitu MAJLIS MEMBACA SURAH YAASIN, TAHLIL bagi ahli keluarga warga kementerian pendidikan khususnya Guru-Guru yang telah kembali kerahmatullah dengan diselajurkan dengan penyampaian derma anak-anak yatim bagi murid-murid di Sekolah-Sekolah Rendah, Zon Brunei III.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Pegawai Pelajaran Kanan Daerah, Brunei III, Bahagian Pendidikan Rendah , Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan,  Haji Zakaria bin Hj Duraman.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan surah Al fatihah beramai-ramai , seterusnya ucapan daripada Pengerusi JAPSER BR III, yang mulia Cikgu Ayerman bin Hj Kahan, setelah itu diikuti dengan bacaan Surah Yaasin serta tahlil yang diketuai oleh Ketua Guru Ugama SR Tungku.

Seterusnya penyampaian derma kepada anak-anak yatim daripada Sekolah-Sekolah Rendah Zon Brunei III, yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis. Seramai 74 orang anak-anak yatim telah menerima sumbangan Derma daripada Japser Brunei III serta seluruh warga Sekolah-Sekolah Rendah Zon Brunei III. Acara pada hari tersebut diakhiri dengan bacaan doa selamat. Wallah A’lam.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: