Pada 18/7/2011, satu Program Sesi kongsisama telah diadakan di Dewan Sukma Indra Bagi Guru-Guru Sekolah-Sekolah Rendah Zon Brunei III yang mana majlis ini telah diungkayahkan oleh Jawatan Kuasa Pemimpin Sekolah Rendah (JAPSER) Brunei III. Sekolah Rendah Rimba II telah memilih tajuk “Number Sense Dan Magic Board” untuk digunakan dalam pengajaran dan Pembelajaran Matematik untuk membantu memahami intipati pendaraban dalam matematik.
Penerangangan disampaikan oleh cikgu Hasmini binti Haji Mohamed dan cikgu Nur Haffiza binti Haji Moksin., yang mana setelah selesai penerangan, guru-guru yang menyertai dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan disediakan barang keperluan untuk membuat aktiviti. Setiap kumpulan dikehendaki membuat 1 magic board sama ada Sifir angka ganjil atau Sifir angka genap. Mereka juga dikehendaki tampil kedepan untuk mengongsikan dan menerangkan cara penggunaannya, serta menunjukkan hasil kreativiti mereka.