Pembukaan Tadarus SR Rimba II Bagi Tahun 1432H/ 2011M

This slideshow requires JavaScript.

Seperti lazimnya setiap kedatangan Bulan Ramadhan pastinya akan ditunggu-tunggu oleh setiap kaum muslimin yang mana pada bulan ini segala kebajikan yang kita lakukan akan mendapat pahala yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

Makanya pada tahun ini Alhamdulillah SR Rimba II, sekali lagi berjaya mengungkayahkan acara berkebajikan iaitu Majlis Pembukaan Tadarus dikalangan Guru-Guru dan Kakitangan Sekolah bersama PIBG.

Majlis dimulakan seawal jam 8.15pagi dengan bacaan Ratib Al-Attas yang dikepalai oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Mohd Osmera , kemudian diikuti dengan bacaan Al Quran beramai-ramai bermula Juz 3 surah Al Baqarah ayat 253 hingga Surah A’li Imran ayat 15.  Majlis ini diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

Antara objektif majlis ini diadakan adalah bagi memberikan pengetahuan kepada warga sekolah khususnya murid-murid akan kepentingan kita sebagai umat Islam bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan dengan perkara-perkara yang berkebajikan disamping memberikan pendedahan kepada warga sekolah akan kebaikan membaca kitab Al Quran yang mana diturunkan juga didalam bulan Ramadhan, sepertimana yang sering kita dengar iaitu “Nuzul Al Quran”.

eahh279

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: