Menerima Pelawat Daripada Sekolah-Sekolah Kuantan, Malaysia

Pada hari Sabtu, 2 Julai 2011, Sekolah ini telah menerima guru-guru dan murid-murid daripada Sekolah-Sekolah Kuantan, Malaysia. Rombongan ini melibatkan sebanyak 10 buah sekolah dari negeri Kuantan, Pahang Malaysia. Rombongan ini juga terdiri daripada sekolah-sekolah Kebangsaan dan Menengah di sekitar Kuantan.

Antara tema rombongan tersebut melawat ke sekolah ini adalah mengenai Alam Sekitar. Disamping ingin mendapatkan “rating” bagi melayakkan 10 buah sekolah ini sebagai  sekolah berprestij di  Malaysia.

Setibanya rombongan ke Sekolah Rendah Rimba II,   acara dimulakan dengan bacaan surah al fatihah dan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Rosley bin Hj Mohd Osmera, kemudian disusuli dengan persembahan tarian bangsa India dari Sekolah Kebangsaan Seri Biram Pahang  yang mana persembahan ini memang terkenal di Pahang dan sering diundang untuk membuat persembahan. Seterusnya Persembahan Drama Musikal dari murid- murid tahun 5 yang mengisahkan mengenai segelintir masyarakat yang suka membuang sampah, membazir elektrik dan air. Kemudian diteruskan lagi dengan persembahan  daripada seorang murid daripada Sekolah Kebangsaan Seri Biram yang menjadi tokoh Doktor Muda tahun 2011 Pahang, yang menyampaikan mengenai 7 langkah cara membersihkan tangan.

Acara diakhiri dengan pertukaran cenderahati kepada 10 buah sekolah dari Pahang yang telah disempurnakan oleh Guru Besar SR Rimba II, Yang Mulia Cikgu Zauyah bt DDW Hj Yusof, seterusnya sesi menandatangani buku lawatan dan bergambar ramai.

eahh@hkho

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: