Pertandingan Pidato Antara Sekolah-Sekolah Rendah Zon Brunei III Dan Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping Perak, Malaysia

Satu Pertandingan Pidato / ‘Petah Bercakap’ telah diadakan bagi Sekolah-Sekolah Zon Brunei III dan Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping Perak, Malaysia pada 1 Jun 2011 iaitu bersamaan dengan 28 Jamadilakhir 1432 H. Tujuan pertandingan ini adalah untuk mencungkil kepetahan murud-murid dari Sekolah-Sekolah Rendah untuk mengeluarkan pendapat mereka di depan khalayak ramai.

Pertandingan ini diadakan bagi menyambut kedatangan Guru-Guru dan murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping Perak. Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Cikgu Hj Ramlee bin Abd Rahman, Pemangku Pengarah Tugas-Tugas Khas Kanan, Bahagian Rendah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam. Hadir sama pada majlis tersebut ialah  Yang Mulia, Cikgu Hj Zulkifli bin Hj Ladis, Penolong Pengarah Bahagian Rendah, Yang Mulia, Cikgu Hj Zakaria bin Hj Duraman, Pegawai Pelajaran Kanan Daerah, kawasan Brunei III,  Yang Mulia, Cikgu Hj Awang @ Majid bin Abd Ghani, Penyelia Kanan Daerah kawasan Brunei I & III dan Yang Mulia, Cikgu Rosli bin Awg Hj Damit, Penyelia Daerah Kawasan Brunei III. Disamping itu juga Guru- Guru Besar , Penolong-Penolong Guru Besar, ahli-ahli rombongan, persatuan ibubapa dan guru, dan guru-guru SR Rimba II juga dijemput sama.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al – Fatihah beramai-ramai dan Doa Selamat yang diketuai oleh Ustaz Rosley bin Hj Mohd Osmera. Seterusnya ucapan daripada Guru Besar SR Rimba II selaku pengerusi majlis pada hari tersebut, kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Tetamu Kehormat Majlis.

Sejurus selepas ucapan Tetamu Kehormat Majlis, acara pertandingan Pidato Zon Brunei III, Hakim-hakim adalah terdiri daripada pelajar – pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali ( UNISSA ) yang berpengalaman didalam penyampaian pidato. Acara tersebut melibatkan murid-murid ( peserta ) daripada Sekolah Kebangsaan Convent, Taiping Perak dan juga 10 buah sekolah dari Zon Brunei III.

Juara bagi pertandingan tersebut  adalah Faridah Basyirah Binti Hj Md Yussof daripada Sekolah Rendah Datu Ratna Hj Md Jaafar Kiarong, naib juara disanadang oleh Wan Sofea Hassanah binti Wan Shahil daripada SK Convent Kota, Perak dan mendapat tempat ketiga juga dari SK Convent Kota iaitu Hanis Nabilah binti Mohd Radzi.

Beberapa persembahan menarik juga telah diadakan pada acara tersebut. Sekolah Kebangsaan Convent Kota telah mempersembahkan Senaman Satu Malaysia yang mana mereka menggunakan lagu-lagu rakyat Malaysia dalam gerakan senaman mereka, persembahan pakaian tradisional rakyat Malaysia dan satu tarian joget. Manakala murid-murid dari Sekolah Rendah Rimba II mempersembahkan tarian Brunei Asli iaitu ‘Qayum Oh Ya Qayum’ dan persembahan koir lagu-lagu kanak-kanak Brunei.

Acara diakhiri dengan lawatan ke bilik-bilik khas SR Rimba II dan bangunan Permata Hati.

HKHO124 @ EAHH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: