Pertandingan Peringkat Akhir “ Puppet Show“ Peringkat Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III

Pada 12 Rabiulakhir 1432 bersamaan 17 Mac 2011, Sekolah Rendah Rimba II telah mengadakan pertandingan “Puppet Show” yang mana sebanyak 7 buah sekolah telah pun turut serta di dalam pertandingan ini. Pertandingan ini juga adalah julung-julung kali diadakan di Sekolah-Sekolah Rendah kawasan Brunei III

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis yang mulia Pegawai Pelajaran Kanan Daerah Kawasan Brunei III, Haji Zakaria bin Haji Duraman. Turut diundang pegawai-pegawai daripada Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan, Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru, wakil-wakil daripada setiap Sekolah Kawasan Brunei III yang ikut serta.

Acara dimulakan dengan bacaan surah Al Fatihah beramai-ramai diikuti dengan bacaan Doa Selamat yang dikepalai oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Md Osmera. Seterusnya ucapan daripada Pengerusi Majlis iaitu Guru Besar SR Rimba II, Yang Mulia Cikgu Zauyah bt DDW Haji Yusof. Kemudian ucapan daripada Tetamu Kehormat Majlis Yang Mulia Awang Haji Zakaria bin Haji Duraman.

Acara dimulakan dengan persembahan sajak daripada murid-murid tahun 6, diikuti dengan acara kemuncak iaitu pertandingan “Puppet Shiow”. Daripada 7  buah sekolah yang menyertai hanya 6 buah sekolah yang terpilih   ke peringkat Akhir, iaitu SR Rimba II, SR Kg Mata-Mata, SR Rimba I, SR Tungku, SR Bendahara Sakam Bunut, SR Datu Ratna Hj Md Jaafar Kiarong, pertandingan ini diberikan kepada 2 kategori. Kategori pertama : Bagi Rendah Bawah dan Kategori Kedua : Bagi Rendah Atas.

Antara persembahan yang diadakan bagi memeriahkan lagi majlis ini ialah persembahan gulintangan daripada murid-murid yang bekeperluan khas dan tarian daripada Kelab Tarian SR Rimba II.

Pemenang bagi Kategori Pertama ( Rendah Bawah ) jatuh kepada SR Rimba I dengan tajuk “The Rainbow Fish”, tempat Kedua SR Rimba II dengan tajuk persembahan “No Stealing” dan Sekolah Rendah Datu Ratna Hj Md Jaafar Kiarong mendapat tempat ketiga dengan persembahan yang bertajuk “Dang Amas and The Three Bears”.

Sementara pemenang bagi Kategori Kedua ( Rendah Atas ) Dimenangi oleh SR Kg Mata-Mata sekaligus menjadi juara keseluruhan dengan tajuk ” The Musical Donkey”, manakala tempat kedua disandang oleh Tuan Rumah SR Rimba II dengan tajuk persembahan ” The Lost Bruneian Identity “dan tempat ketiga SR Rimba I dengan tajuk persembahan “Chicken Little”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: