Sambutan Hari Kebangsaan yang ke 27 & Pertandingan “Puppet Show” Rendah Atas

Bersempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke 27 tahun, , SR Rimba II juga turut sama mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan dan diselajurkan dengan Pertandingan “Puppet Show” bagi Murid-Murid Rendah Atas  pada 26 Februari 2011M bersamaan 20 Rabiulawal 1432H bertempat di Perbarisan Pagi dan Dewan Sukma Indra, dan hadir pada hari tersebut ialah Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibubapa dan Guru.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan perarakan bendera besar Negara Brunei Darussalam yang dibawa oleh 4 orang prefek sekolah, Perarakan masuk prefek-prefek sekolah tahun 2011, pasukan Tunas Puteri dan Pasukan Murid-Murid Istimewa seterusnya perarakan daripada gabungan murid-murid setiap level. Apa yang menarik perarakan tersebut dipertandingkan, setiap pasukan hendaklah mengikut kreativiti masing-masing.

Seterusnya acara menaikkan bendera besar diikuti dengan nyanyian lagu Kebangsaan beramai-ramai, kemudian bacaan Doa Sekolah dan Doa H1N1 daripada murid Tahun 4 iaitu Ahmad Sabiq bin Ahmad.Selepas itu bacaan ikrar Hari Kebangsaan yang diketuai oleh Ketua Prefek iaitu Ak Md Rafie  Daniel Shafie b Pg Sharifuddin.

Setelah itu ucapan daripada Guru Besar SR Rimba II, Yang Mulia Cikgu Zauyah bt DDW Hj Yusof. Nyanyian koir daripada Kelab Koir Sekolah juga mempersembahkan nyanyian lagu patriotik dan sambutan tersebut diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para hakim pertandingan.

Acara seterusnya berlangsung di Dewan Sukma Indra dimana semua AJK PIBG, guru dan murid berkumpul bagi sama-sama menyaksikan pertandingan “Puppet Show” bagi Murid-murd Rendah Atas. Penyampaian keputusan pertandingan Perbarisan lalu, “Puppet Show” bagi Rendah Bawah dan Atas juga diselajurkan.

Juara bagi Pertandingan Perbarisan Lalu jatuh kepada Murid-Murid Tahun 5 yang dipimpin oleh Cikgu Sulaiman b Hj Yusof, Cikgu Hanaffi b Hj Salam dan Cikgu Hjh Halimah bt Hj Duraman. Bagi Pertandingan “Puppet Show” Rendah Bawah , Mendapat tempat Ketiga Tahun 1B, tempat Kedua Tahun 2A dan Juara Tahun 3A, dan Bagi Rendah Atas, tempat Pertama jatuh kepada Tahun 5B, tempat Kedua Tahun 6D dan tempat Ketiga Tahun 4B.

Acara pada hari tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Md Osmera.

eahh279 & HKHO4323

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: