Sambutan Maulidur Rasul SAW 1432/2011

12 Rabi’ulawal adalah tarikh yang sentiasa diingati di seluruh negara Islam kerana pada tarikh inilah Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir diputerakan. Nabi Muhammad SAW adalah insan yang dipilih oleh Allah Taala kerana mempunyai keperibadian yang unggul  dan mempunyai kekuatan untuk memimpin semua umat Islam  menuju ke jalan yang benar dan kerana itu sekarang Islam berkembang dengan hebatnya disetiap pelusuk negara di dunia ini.

Makanya pada setiap tahun SR Rimba II juga tidak ketinggalan mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat sekolah. Majlis tersebut pada tahun ini telah diadakan pada 14 Rabiulawal 1432H bersamaan 17 Februari 2011M, bertempat di Dewan Sukma Indra.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin beramai-ramai dikhususkan buat Rasulullah SAW , diikuti dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Md Osmera, seterusnya persembahan daripada pemenang-pemenang peraduan azan subuh beserta doanya bagi kategori murid lelaki, dan peraduan hafazan ayat-ayat lazim bagi kategori murid perempuan.

Bersempena majlis ini juga diumumkan pemenang-pemenang bagi Peraduan khat jawi bagi guru-guru yang beragama Islam dan bukan beragama Islam dan penyampaian hadiah kepada para pemenang  disampaikan oleh guru besar iaitu cikgu Zauyah bt DDW Hj Yusof. Mendapat tempat pertama bagi guru yang beragama Islam ialah cikgu Nurmashitah bt Hj Matasim, manakala pemenang bagi guru yang bukan beragama Islam ialah cikgu Jasmin.

Acara seterusnya panyampaian hadiah kepada peserta-peserta yang mengikuti Peraduan Hafazan Ayat-Ayat Lazim yang disampaikan oleh cikgu Hjh Siti Mariam binti Hj Md Hashim iaitu Penolong Guru Besar I. Manakalam cikgu Pg Shahrel Anuar bin Pg Hj Md Said, Penolong Guru Besar II menyampaikan hadiah bagi peserta-peserta yang mengikuti peraduan Azan Subuh.

Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan bacaaan zikir debaie beramai-ramai.

eahh279 & HKHO4323

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: