Majlis Pembubaran dan Perlantikan Baru Bagi AJK Tertinggi PIBG SR Rimba II 2011-2013

Seperti mana lazimnya, setiap 3 tahun Ahli Jawatankuasa Tertinggi Persatuan Ibubapa dan Guru akan dibubarkan dan seterusnya akan dilantik Ahli Jawatankuasa yang baru. Begitulah juga dengan AJK Tertinggi bagi Sekolah ini dimana Majlis Pembubaran dan Perlantikan baru telah diadakan pada 07 Rabi’ulawal 1432H bersamaan 10 Februari 2011M bertempat di Dewan Sukma Indra, jam 9 pagi.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al- Fatihah beramai-ramai dan diikuti dengan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh Yang mulia Ustaz Rosley bin Hj Md Osmera. seterusnya ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SR Rimba II, Yang Mulia Cikgu Zauyah bt DDW Hj Yusof selaku Penasihat PIBG.

Adapun diantara tujuan Persatuan ini diadakan ialah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim, dan bertukar-tukar pandangan diantara para guru dan ibubapa, disamping sentiasa bermuzakarah untuk mencari jalan penyelesaian kepada satu-satu masalah terutama di dalam masalah pendidikan khususnya pembelajaran murid-murid.

Pihak sekolah telah mengambil inisiatif didalam menjalankan undian bagi melantik AJK Tertinggi PIBG dengan memberikan senarai nama ibubapa yang difikirkan layak dan aktif didalam apa jua aktiviti sekolah, kemudian diagih-agihkan kepada ibubapa murid SR Rimba II. Hasil daripada undian tersebut maka mereka yang terbanyak undian dan hadir pada hari undian dijalankan telah diberi keutamaan.

Pada tahun ini, Pengerusi PIBG adalah terdiri daripada Penolong Guru Besar I dan II, sementara Timbalan Pengerusi ialah Awg Khalid bin Hj Maidin dengan mendapat undian tertinggi daripada ibubapa.

Penyampaian sijil penghargaan juga diselajurkan bagi AJK Tertinggi Persatuan Ibubapa dan Guru bagi sesi 2008-2010, antaranya mantan Guru Besar dan Penolong Guru Besar SR Rimba II, Yang Mulia Cikgu Hjh Noorliah bt Hj Aspar dan Cikgu Hj Amir Abbas bin Hj Zaini.

Majlis ini diakhiri dengan sesi bergambar ramai AJK Tertinggi Persatuan Ibubapa dan Guru Sesi 2008-2010 dan sesi 2011-2013.

eahh279

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: