Pada 23 September 2010 bertembat di Tingkat 7, Goldstone Ballroom, The Centrepoint Hotel, telah diadakan Majlis Pertandingan Akhir Pendidikan Lalulintas Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan 2010. Pasukan dari sekolah ini yang terdiri daripada 3 orang murid iaitu Bibi Aidi Fatinah binti Haji Junaidi dari Tahun 4, Muhd Iqram bin Hamdani dari Tahun 5 dan Nooradi Bin Al Ahmad dari Tahun 6, beserta dengan guru pengawas iaitu cikgu Hajah Kartika Haji Othman telah mendapat tempat 5 teratas bagi Pertandingan Penanda Buku. Pasukan ini telah mendapat wang tunai sebanyak $300, sijil dan pingat.
Pada hari tersebut juga telah diadakan Pertandingan Klip Video, Pertandingan Pendidikan Lalulintas Keselamatan Jalan Raya dan Pertandingan Koir. Tetamu Kehormat pada majlis itu ialah Yang Mulia Dayangku Hajah Mastoli binti Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan. Pada hari tersebut juga telah diselajurkan dengan Perasmian Kelab Keselamatan Jalan Raya OGDC.
KHO4323