Majlis Khatam Al-Quran Bagi Warga SR Rimba II

Memang menjadi lumrah apabila tibanya Bulan Ramadhan semua umat Islam berlumba-lumba mengisi aktiviti-aktiviti keagamaan bagi menyemarakkan dan mempertingkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.

Begitu juga dengan SR Rimba II, tidak ketinggalan mengisi bulan Ramadhan dengan bermacam-macam aktiviti amal dan keugamaan antaranya menziarahi tanah perkuburan, Majlis Pembukaan Tadarus dan baru-baru ini Warga Sekolah telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada 20 Ramadhan 1431H bersamaan 31 Ogos 2010M, bertempat di Dewan Sukma Indra, bermula jam 8.30pagi.

Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Ustaz Awg Hj Jadid bin Awg Hj Damit, Nazir Khas, Unit Kenaziran Bahagian Professional, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Turut diundang Yang Mulia Ketua Kampong RPN Kg Rimba Kawasan I iaitu Awang Adnan bin Taha dan hadir sama, Yang Mulia Cikgu Rosli bin Awg Hj Damit, Penyelia Daerah Brunei III, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Kehormat Majlis dan seterusnya diikuti dengan bacaan guru guru yang khatam bermula Surah Ad Dhuha sehinggalah Surah An Naas.

Setelah itu bacaan takhtim oleh murid-murid perempuan Tahun 6 bersama- sama guru pengawas. sejurus selepas itu bacaan doa khatam disempurnakan oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Md Osmera, dan acara kemuncak ialah majlis menabur bunga rampai kepada para peserta oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis sambil bacaan Dzikir Asyraqal dibacakan beramai-ramai.

Majlis pada hari itu diselajurkan dengan penyampaian derma kepada anak-anak yatim seramai 12 orang murid dan tidak dilupakan juga kepada murid-murid yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan iaitu yang dikenal pasti seramai 9 orang.

Apa yang diharapkan semoga dengan adanya majlis yang diungkayahkan seperti ini akan menambah eratkan lagi hubungan kekeluargaan di antara warga sekolah bersama ibubapa dan juga murid-murid serta dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT disamping beramal demi meringankan beban orang-orang yang memerlukan serta memeriahkan dan menyemarakkan lagi bulan Ramadhan Kareem..

eahh279

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: