Majlis Membaca Surah Yaasin Dan Tahlil JAPSER Brunei III

Sepertimana kelazimannya setiap kali datangnya Bulan Ramadhan pelbagai aktiviti amal dan keagamaan diadakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan menyemarakkan lagi bulan ini disamping mengambil peluang menggandakan pahala dengan melakukan perkara-perkara yang dianjurkan dalam Islam.

Pada 15 Ramadhan 1431H bersamaan 26 Ogos 2010 ( Khamis ), JAPSER BR III juga tidak ketinggalan mengadakan majlis membaca Surah Yaasin dan Tahlil serta Doanya bagi Sekolah- Sekolah Rendah Kawasan Brunei III yang telah diadakan bertempat di Dewan Sukma Indera di Sekolah Rendah Rimba II, jam 12.30 tengahari. Majlis ini dikendalikan oleh Badan Keagamaan, Kebajikan dan Sosial, Japser Br III yang mana melibatkan Guru-Guru Besar, Penolong-Penolong Guru Besar dan juga guru-guru daripada Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III. Majlis ini di khususkan kepada ahli keluarga, saudara mara, rakan seperjuangan serta muslimin dan muslimat yang telah dulu pergi menemui Ilahi.

Hadir pada majlis tersebut, Yang Mulia Pemangku Penolong Pengarah Daerah Brunei I dan III, Cikgu Hjh Hasnah bt Kula dan juga pegawai-pegawai daripada Bahagian Pendidikan Rendah, Jabatan Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan.

Majlis tersebut dimulakan dengan Solat Fardhu Zohor berjamaah kemudian diikuti dengan bacaan Surah Al Fatihah beramai-ramai seterusnya bacaan Surah Yaasin dan Tahlil serta Doanya yang telah dipimpin oleh Ustaz Hj Salleh bin Hj Nasir dan Ustaz Rabbani Maksum bin Hj Rabaee.

Pengerusi Badan Keagamaan, Kebajikan dan Sosial, Yang Mulia Cikgu Hj Nikman bin Hj Isa menyatakan bahawa majlis ini adalah diantara acara tahunan bagi Japser Brunei III disamping dengan adanya majlis sebegini akan dapat mengeratkan hubungan persaudaraan dan kerjasama antara guru-guru Kawasan Brunei III.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: