MENZIARAHI TANAH PERKUBURAN

Ramadhan hampir tiba dan mengingatkan kita kepada menziarahi perkuburan ahli keluarga kita yang telah pergi dahulu menyahut seruan Ilahi. Begitu juga dengan Warga Sekolah Sekolah Rendah Rimba II tidak ketinggalan mengadakan aktiviti tahunan iaitu menziarahi, membersihkan, membaca Yaasin dan bertahlil di tanah perkuburan di Kampong Terunjing, Mukim Berakas.

Acara ini adalah Anjuran Badan Keugamaan dan Badan Kaunseling, Sekolah Rendah Rimba II dan acara ini diadakan pada 26 Syaaban 1431H bersamaan 07 Ogos 2010M ( Sabtu ), yang mana melibatkan murid-murid tahun 6 lelaki dan semua guru lelaki serta 2 orang guru perempuan.

Antara objektif acara ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada Murid-murid akan pentingnya kebersihan khususnya di tanah perkuburan, di samping mengajar murid – murid mendekatkan diri kepada perkara-perkara yang berkebajikan dan sebagai satu aktiviti keugamaan sekolah bersempena datangnya bulan Ramadhan Al Kareem.

Acara ini dimulakan dengan membersihkan kawasan perkuburan, diikuti dengan bacaan surah Yaasin dan Tahlil beramai-ramai kemudian sebelum balik semua murid menyiram air asah-asahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: