Majlis Pembukaan Tedarus Bagi Menyambut Bulan Ramadhan

Dengan kedatangan bulan Ramadhan yang suci dan mulia ini, warga SR Rimba II telah mengadakan Majlis Pembukaan Tedarus pada 14 Ogos 2010 bersamaan dengan 3 Ramadhan 1431H. Majlis ini telah dikelolakan oleh Bahagian Ugama bersama dengan Bahagian Pentadbiran.

Adapun diantara objektif majlis ini diadakan bertujuan menyemarakkan lagi Bulan Ramadhan disamping memberi kesedaran pada semua warga sekolah khususnya murid-murid akan kepentingan dan besarnya fadhilat melakukan ibadat dibulan ini.

Pada majlis tersebut, acara dimulakan dengan bacaan Tahlil yang diketuai oleh Ustaz Rosley bin Haji Md Osmera, dan diteruskan dengan bacaan Tedarus. Para guru-guru dan ketua PIBG iaitu Awang Khalid bin Haji Maidin telah bersama-sama membaca Surah Al-Fatihah dan Juzu’ pertama ( Surah Al-Baqarah ).

Setelah selesai acara bertedarus, acara diteruskan dengan penyampaian derma bagi warga-warga sekolah yang telah kehilangan ahli-ahli keluarga mereka yang telah disampaikan oleh Guru Besar cikgu Zauyah bte DDW Hj Yusof. Setelah itu acara diakhiri dengan penyampaian derma bagi anak-anak Yatim bagi murid-murid sekolah ini yang telah disampaikan oleh Awang Khalid bin Hj Maidin.

Disini di sertakan petikan gambar semasa acara tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: