Sambutan Isra’ Dan Mi’raj Bagi Tahun 1431 Hijrah

Pada hari Sabtu iaitu 31 Julai bersamaan dengan 19 Syaaban 1431H, sambutan Isra’dan Mi’raj telah diadakan di Dewan Sukma Indera bermula dari jam 7.45 pagi.

Majlis dimulakan sejerus selepas ketibaan Yang Mulia Guru Besar iaitu cikgu Zauyah bte DDW Hj Yusof, dengan bacaan Surah Al Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Osmera. Setelah itu acara diteruskan dengan Persembahan Puisi Islam yang bertajuk “IKTIBAR DAN PERINGATAN” , yang telah disampaikan oleh murid-murid perempuan dari Tahun 4 dan Tahun 5.

Acara diteruskan lagi dengan ceramah mengenai peristiwa-peristiwa yang berlaku semasa Rasulullah SAW Isra’ dan Mi’raj yang disampaikan oleh Yang Mulia Ketua Guru Ugama, Ustazah Erny Azrena binti Haji Hassan. Kemudian acara seterusnya ialah penyampaian hadiah-hadiah bagi pemenang-pemenang yang telah mengikuti kuiz bersempena dengan Isra’ dan Mi’raj.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk sama-sama menghayati akan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT disamping memperingati kisah perjalanan Rasulallah SAW daripada Masjidil Haram (Makkah) hingga ke Masjidil Aqsa (Baitul Maqdis) dan seterusnya ke Sidratul Muntaha iaitu ke langit ketujuh.

Disini di kongsikan gambar-gambar yang dipetik semasa acara tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: