Kejohanan Futsal Kawasan Brunei III Bagi Tahun 2010

Kejohanan Futsal Sekolah-Sekolah Rendah Kawasan Brunei III anjuran Jabatan Pendidikan Kokurikulum telah berlangsung pada 26 dan 28 jun 2010, bertempat di Dewan Kompleks Sukan, Universiti Brunei Darussalam. SR Rimba II telah diberi kepercayaan bagi mengendalikan kejohanan tersebut. Tetamu Kehormat bagi perlawanan tersebut ialah Yang Mulia Hajah Hasnah binti Haji Kula, PPPD Brunei I & III / PPKD Brunei III. Sebanyak 11 buah pasukan ikut serta dalam perlawanan tersebut.

Dihari pertama Kejohanan Futsal, sebanyak 11 buah pasukan telah bertanding, 4 buah sekolah telah mara keperingkat separuh hari, iaitu SR Rimba I, SR Katok ‘A’, SR OKSB Kilanas dan SR Mata-Mata. Pada 28 Jun 2010 di gelanggang A, SR Mata-Mata, manakala bertempat di gelanggang B, SR Katok ‘A’ bertemu SR OKSB Kilanas. SR Rimba I berjaya mengalahkan SR Mata-Mata dengan jaringan 6 – 0 dan SR Katok ‘A’ berjaya mengalahkan SR OKSB Kilanas dengan jaringan 5 – 0.

Pertemuan diperingkat akhir djalankan pada hari yang sama dengan keputusan SR Rimba I muncul sebagai juara kejohanan Futsal dengan jaringan 4 – 1. Juara akan mewakili kawasan Brunei III ke kejohanan Futsal dalam Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan dan Swasta peringkat Senegara. Hadiah kepada pemenang dan juga peserta telah disampaikan oleh Tetamu Kehormat.

Dihari tersebut, pihak tuan rumah juga telah menjemput Projek Ikan Pusu, yang mana mereka telah mempersembahkan satu persembahan yang sangat menarik.

Disini dilampirkan beberapa gambar yang diambil semasa acara tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: