Pertandingan Mewarna, Menulis Dialog & Melukis Poster Sempena Aktiviti Amalan Bersopan Santun

Pertandingan tersebut diadakan pada Sabtu 26 Jun 2010. Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Rimba II dan objektif pertandingan ini diadakan adalah untuk :-
i. Memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang amalan bersopan santun.
ii. Membudayakan sifat bersopan santun dikalangan murid-murid.

Secara rasionalnya, bersopan santun merupakan warisan budaya, bangsa dan negara kita sejak zaman-berzaman. Dan tidaklah wajar kita membelakangkan amalan tersebut sedangkan ia membawa kesan yang amat baik kepada diri sendiri khasnya kepada masyarakat sekeliling. Sikap bersopan santun yang dimaksudkan itu ialah satu sikap individu yang bertata tertib, bertata susila, hormat menghormati, berbudi bahasa, memberi salam dan budi pekerti yang baik dan halus. Selain itu program ini untuk memastikan murid-murid akan sentiasa berpakaian kemas, menjaga kebersihan sekolah dan badan, membuang sampah di tong sampah, memulangkan barang pinjaman atau yang terjumpa dan bekerjasama dengan rakan-rakan. Sasaran ialah semua murid Sekolah Rendah Rimba II dari Pra hingga Tahun 6.

Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan dengan lancar. Bahagian Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah Rimba II mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru kelas, guru-guru subjek dan juga amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Guru Besar Sekolah Rendah Rimba II, Cikgu Zauyah Binti Datu Derma Wijaya Haji Yusof.

Disini dipamerkan beberapa aktiviti-aktiviti yang dijalankan dihari tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: