Lawatan Sambil Belajar Dari Sekolah Rendah Loyang, Singapura

Pada 2 Jun 2010, seramai 20 orang murid dan 4 orang guru dari Sekolah Rendah Loyang, Singapura, telah membuat lawatan sambail belajar ke Sekolah Rendah Rimba II. Kehadiran mereka disambut oleh Guru Besar, Penolong-Penolong Guru Besar, Guru-Guru Kanan dan Guru-Guru di Sekolah ini. Rombongan ini juga disambut dengan alunan Gulitangan yang dimainkan oleh beberapa orang guru, dan diteruskan dengan acara sesi bergambar ramai.

Seterusnya acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Roslee bin Hj Osmera.  Seterusnya ucapan alu-aluan daripada cikgu Zauyah DDW Hj Yusof, Guru Besar sekolah ini, dan diikuti dengan penerangan mengenai profil sekolah. Kemudian murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka ini telah dibawa kebeberapa buah kelas bagi memberi peluang murid-murid dari Sekolah Rendah Loyang ini untuk belajar pelajaran Bahasa Melayu bersama murid-murid di Sekolah ini.

Mereka juga dibawa untuk melawat kelas-kelas seperti bilik ICT, bilik Sains, blok Pra, Perpustakaan dan Blok Permata Hati. Di Blok Permata Hati, para pelawat meninjau bagaimana pengajaran diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas, dan disini mereka juga telah beramah mesra dengan murid-murid istimewa.

Seterusnya murid-murid ini kembali semula ke Dewan sekolah dan dipersembahkan dengan beberapa persembahan seperti Nyanyian daripada Tunas Puteri, Persembahan Radio Sekolah. Semasa persembahan Radio Sekolah, salah seorang guru dan seorang murid dari SR Loyang telah ditemuramah. Seterusnya para pelawat menonton persembahan video mengenai permainan-permainan tradisi Brunei seperti permainan Talang Gatah, Main Simban, Main Congkak, Main Tinting dan Main Bilun. Setelah menyaksikan video ini, murid-murid dan guru-guru dari SR Loyang diberi peluang untuk mencuba sendiri permainan-permainan tersebut bersama guru-guru dan murid-murid dari sekolah ini.

Dan persembahan diteruskan dengan tarian Joget Baju Putih yang dipersembahkan oleh murid-murid tahun lima. Murid-murid ini juga berkesempatan untuk menari dengan murid-murid dan guru-guru dari Sekolah Rendah Loyang. Murid-murid dari SR Loyang juga telah mempersembahkan sebuah persembahanan nyanyian berkumpulan.

Acara diteruskan lagi dengan acara bertuka-tukar cenderahati diantara Guru Besar sekolah ini dengan Ketua Rombongan pelawat iaitu cikgu Zahrin. Dan seterusnya Guru Besar telah berbesar hati untuk memberikan cenderahati kepada semua semua guru-guru dan murid-murid dari SR Loyang. Seterusnya ketua rombongan iaitu cikgu Zahrin telah menyampaikan ucapan terima kasih atas sambutan yang mereka terima dari sekolah ini.

Setelah selesai persembahan para pelawat ini telah dibawa untuk melihat Pameran Galeri ASEAN, dan lawatan diakhiri dengan makan tengahari sambil didendangkan dengan alunan Gulingtangan.

Disini dipamerkan beberapa keping gambar diwaktu lawatan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: