Majlis Perpisahan Buat Mantan Guru Besar dan Guru-Guru Yang Berpindah

Pada 20 Mei 2010 yang lalu, satu majlis perpisahan telah diadakan bagi mantan Guru Besar, cikgu Hajah Noorliah Haji Aspar dan guru-guru sandaran, iaitu cikgu Hajah Ajijah dan cikgu Tialam yang telah dipindahkan untuk bertugas di tempat lain. Majlis tersebut diadakan di Bistro Cafe yang terletak di Empire Hotel dan Country Club. Acara dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Roslee Hj Osmera.  Kemudian diikuti dengan Ucapan Alu-aluan dari Guru Besar iaitu cikgu Zauyah DDW Hj Yusof.  Setelah itu Cikgu Hajah Noorliah memberi ucapan penghargaan atas majlis yang diadakan, dan beliau juga menasihatkan supaya guru-guru tetap bekerja keras dan bekerja sama untuk mengekalkan Sekolah Rendah Rimba II sebagai sebuah sekolah yang kondusif.

Acara diteruskan dengan pemberian hadiah penghargaan buat mantan Guru Besar dan guru-guru yang dirayakan. Setelah itu diteruskan dengan menikmati jamuan yang telah disediakan dan acara bergambar ramai.  Dibawah ini dilampirkan gambar-gambar yang dipetik masa acara tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: