Lawatan Sambil Belajar Daripada Rombongan “International Conference on Education (ICE)”

Pada 27 Mei 2010, beberapa orang rombongan pelawat daripada “International Conference on Education (ICE)” telah berkesudian datang membuat lawatan sambil belajar ke Sekolah Rendah Rimba II. Kehadiran rombongan ini disambut oleh Guru Besar, Penolong-Penolong  Guru Besar dan Guru-Guru Kanan dan beberapa orang murid Istimewa dengan memberikan rombongan ini bunga telur sebagai ucapan Selamat Datang. Rombongan ini juga disambut dengan alunan Gulitangan yang dimainkan oleh beberapa orang guru dan murid istimewa.

Seterusnya acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Ustaz Roslee bin Hj Osmera.  Seterusnya ucapan alu-aluan daripada cikgu Zauyah DDW Hj Yusof, Guru Besar sekolah ini, dan diikuti dengan penerangan mengenai profil sekolah daripada Penolong Guru Besar 1, iaitu Cikgu Hajah Siti Mariam binti Haji Md Hashim. Kemudian disambung dengan penerangan mengenai Pengajaran Inklusif daripada Dr Hajah Huraini bte PD Hj Abu Hurairah, seorang Pegawai dari Unit Pendidikan Khas.

Lawatan diteruskan lagi dengan melawat kelas-kelas seperti bilik ICT, bilik Sains, Perpustakaan dan Blok Permata Hati. Di Blok Permata Hati, para pelawat meninjau bagaimana pengajaran diberikan kepada murid-murid berkeperluan khas, dan disini mereka juga telah diberikan cenderahati oleh murid-murid istimewa ini dengan hasil kerjatangan yang telah mereka buat sendiri.

Seterusnya para pelawat kembali semula ke Dewan sekolah dan dipersembahkan dengan beberapa persembahan seperti Nyanyian daripada Tunas Puteri bersama dengan murid-murid Istimewa. Persembahan Radio Sekolah dan diikuti dengan persembahan Mari Bercerita daripada Dyg Nur Syairah Hj Bakar, yang telah mendapat tempat keempat pada Pertandingan Mari Bercerita peringkat Negara. Dan persembahan diteruskan dengan tarian Joget Baju Putih yang dipersembahkan oleh murid-murid tahun lima yang telah mendapat tempat keempat semasa Pertandingan Tarian Asli peringkat negara. Murid-murid ini juga berkesempatan untuk menari dengan para pelawat.

Setelah selesai persembahan, para pelawat telah diajak untuk sesi bergambar ramai dengan Guru-Guru,  pegawai-pegawai Unit Pendidkan Khas dan murid-murid yang membuat persembahan.  Setelah sesi begambar,  para pelawat telah dibawa untuk melihat Pameran Galeri ASEAN, dan lawatan diakhiri dengan makan tengahari sambil didendangkan dengan alunan Gulingtangan.

Disini dipamerkan beberapa keping gambar diwaktu lawatan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: