Peraduan Mari Bercerita Peringkat Negara 2010

Pada hari Khamis, 20 Mei 2010, satu peraduan Mari Bercerita Peringkat Negara telah dijalankan di Dewan Raya, Radio Televisyen Brunei. Tetamu Kehormat pada hari tersebut ada Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Awang Haji Othman, iaitu Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

Seramai 10 orang peserta telah terpilih untuk peraduan tersebut, yang mana salah seorang pesertanya adalah Dyg Nur Shahirah binti Haji Bakar, iaitu salah seorang murid daripada SR Rimba II. Dyg Nur Shahirah adalah merupakan  johan bagi Peraduan Mari Bercerita peringkat Daerah Brunei Muara, yang telah diadakan pada 8 April 2010, di SR Dato Mohd. Yassin.

Pada hari tersebut ia dimulakan dengan persembahan dari murid-murid SR Dato Mohd Yassin yang menyanyikan lagu tema “Mari Bercerita”. Kemudian diteruskan dengan ucapan daripada Pemangku Pengarah Dewan Bahasa Dan Pustaka, iaitu Yang Mulia Dayang Hajah Aminah binti Haji Momin, dan diikuti dengan ucapan daripada Tetamu Kehormat.

Dyg Nur Syahirah merupakan peserta yang pertama, dan diikuti dengan peserta-peserta yang lain. Dyg Nur Syahirah telah mendapat tempat keempat, yang mana juara pada peraduan tersebut adalah wakil daripada SR PSB SOAS, Kuala Belait iaitu Dyg Hidayah Tul Fitri binti Haji Masri, tempat kedua jatuh kepada Awang Hafizuddin bin Danny Sumbahan Iwanan dari SR Pengkalan Batu dan tempat ketiga jatuh kepada Awang Muhd Hassanul Hadi Ikram bin Haji Dayang dari Sekolah Seri Mulia Sarjana. Acara ditutup dengan persembahan daripada SR Dato Mohd Yassin yang menyanyikan lagu “Perpustakaan Kita”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: