SAMBUTAN ‘GREEN DAY’ 2010

Sabtu, 24 April 2010 – Sambutan ‘Green Day’ anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dipengerusikan oleh Awg. Khalid bin Hj Maidin bersama dengan  warga Sekolah Rendah Rimba II telah diadakan dikawasan perbarisan dan Blok Permata Hati.  Acara dimulakan dengan acara senaman dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Pengerusi PIBG dan diteruskan dengan peresmian sambutan ‘Green Day’ dari Tetamu Kehormat.

Tetamu kehormat sambutan ‘Green Day’ ialah pegawai dari UPK, Cikgu Hajah Haidah binti Hj Hamdan bagi mewakili Pemangku Ketua Unit Pendidikan Khas. Beliau juga telah berkesudian untuk  menanam pokok bunga berhadapan dengan Blok Permata Hati.

Selain itu juga aktiviti-aktiviti menanam pokok-pokok buah dan pokok-pokok bunga juga telah diungkayahkan bagi memberi peluang kepada murid-murid SR Rimba II dan murid-murid yang berkeperluan khas (‘Special Needs’) untuk turut sama melibatkan diri dalam aktiviti penanaman. Ini bertepatan sekali dengan Sekolah ini menjadi salah sebuah Sekolah Model Inklusif kawasan Brunei III.

Kebanyakkan pokok ini disumbangkan oleh Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar, Ibu bapa, murid-murid  dan PIBG. Acara lebih meriah lagi dengan adanya maskot buah-buahan tempatan yang disediakan oleh Jabatan Pertanian.

Setelah acara penanaman pokok, satu tayangan video Dokumenteri yang bertajuk “Home” juga telah ditayangkan di dalam dewan sekolah bagi murid-murid sekolah ini. Tayangan ini mengisahkan bagaimana keadaan bumi kita yang telah tercemar oleh perbuatan manusia sendiri. Tayangan ini diharapkan dapat menyedarkan minda murid-murid supaya mereka peka tentang keadaan pencemaran yang telah berleluasa dibumi ini, dan supaya dapat menanamkan sifat menyayangi bumi ini.

Tujuan sambutan ini diadakan sempena sambutan Hari Bumi SeDunia bagi menyahut dan mendokong matlamat Hari Hijau. Selain daripada itu memupuk semangat bekerjasama untuk membisaikan kawasan sekolah dan mendidik murid-murid supaya mempunyai sifat penyayang dan menghargai alam semulajadi ciptaan Allah SWT.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dan menjayakan acara sambutan ‘Green Days’ sekolah Rendah Rimba II bagi tahun 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: