Program Bimbingan Kelompok Teknik Belajar Bagi Tahun 6

Pada 20 April 2010,  beberapa orang kaunselor sekolah dan guru bimbingan dari sekolah-sekolah rendah kawasan Brunei III telah hadir untuk mengendalikan dan menjayakan program Bimbingan Kelompok ini. Penyelia Kawasan Brunei III Bahagian Kaunseling dan Kerjaya (BKK), Cikgu Hajah Pasah binti Haji Ahmad juga berkesudian untuk sama-sama menghadirkan diri kemajlis tersebut.

Tujuan program ini diadakan adalah sebagai persedian bagi murid-murid khasnya bagi murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan PSR pada bulan Oktober ini dan juga untuk memberi ilmu pengetahuan serta pendedahan kepada murid-murid tentang teknik bijak belajar yang merangkumi beberapa kemahiran seperti kemahiran berfikir, kemahiran mengingat, kemahiran menulis nota, dan kemahiran SQ3R (‘Survey, Questioning, Read, Recite and Review’). Di samping itu juga, program ini mendedahkan tentang pembinaan matlamat kendiri dan cara-cara menukar sikap negatif kepada sikap positif yang perlu dilakukan oleh murid-murid itu sendiri.

Dalam program ini seramai 104 orang murid Tahun 6 terlibat dan mereka telah dibahagikan kepada lapan buah kumpulan. Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang guru bimbingan bagi melaksanakan program tersebut. Aktiviti berjalan dengan lancar dan murid-murid kelihatan bersemangat dan aktif dalam melakukan senua aktiviti yang diadakan. Dibawah ini dilampirkan beberapa gambar yang diambil samasa program tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: