Sambutan Maulidur Rasul & Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 26

Pada 18 Mac 2010 bersamaan dengan 2 RabiulAkhir 1431 Hijrah, Sambutan Maulidur Rasul dan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam telah diadakan disekolah ini, yang mana Tetamu Terhormat pada majlis tersebut adalah Awang Adanan Bin Taha, iaitu ketua Kampung Perumahan Negara Kg Rimba Kawasan 1. Majlis dimulakan di tempat Perbarisan Pagi dengan upacara menaikkan Bendera Negara Brunei Darussalam, kemudian diteruskan dengan bacaan Ikrar Hari Kebangsaan yang diketuai oleh Ketua Murid, iaitu Awang Adi Asymawi dan seterusnya nyanyian lagu patriotik “Bendera Negara” yang dinyanyikan oleh murid-murid Kelab Koir sekolah ini.

Setelah itu majlis diteruskan lagi di dalam Dewan Sukma Indera, yang mana majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan ‘Ratib Al-Attas’. Acara diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta-peserta yang ikut serta dalam kuiz Hari kebangsaan dan kuiz Maulidur Rasul. Sijil dan Hadiah khas juga diberikan kepada murid-murid yang aktif dalam Kelab Radio Sekolah bagi tahun 2009. Acara diakhiri dengan bacaan Selawat beramai-ramai keatas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Dibawah ini disiarkan petikan gambar dari acara tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: