Lawatan Pensyarah dari Institut Pendidikan Guru Malaysia, Melaka

Pada 9hb Mac 2010, seramai 36 orang pensyarah yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Perempuan Melayu, Melaka, iaitu Datin Siti Hanifah binti Madarsah, telah berkunjung ke Sekolah Rendah Rimba II. Kehadiran mereka telah disambut oleh Guru Besar, Cikgu Hajah Noorliah Hj Aspar, Penolong-Penolong Guru Besar, Guru-Guru Kanan, Guru-Guru, Pegawai-Pegawai dari Unit Pendidikan Khas dan beberapa orang murid sekolah ini.

Kunjungan mereka telah disambut dengan irama Guling-tangan yang dipersembahkan oleh Guru-Guru Sekolah ini. Setelah itu acara di mulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Cikgu Roslee bin Hj Md Osmera.

Acara diteruskan dengan kata-kata aluan dari Guru Besar, dan penerangan mengenai Sekolah Rendah Rimba II yang disampaikan oleh Penolong Guru Besar I iaitu Cikgu Hajah Siti Mariam Hj Hashim. Setelah itu Kampus Melayu Melaka telah berkongsi video mengenai kampus mereka, dan acara disudahkan dengan dua persembahan dari murid-murid sekolah ini.

Setelah menikmati jamuan, rombongan pensyarah-pensyarah ini telah dibawa ke Bangunan Permata Hati untuk melihat cara menangani murid-murid Istimewa. Disini dilampirkan gambar-gambar yang dipetik semasa kunjungan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: