Pertandingan Azan Subuh Serta Doanya dan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim , Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali Ke 24 Bagi Tahun 1433H / 2012M

Sepertimana lazimnya , pada setiap tahun Pertandingan Azan Subuh Serta Doanya dan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim Bagi Sekolah-Sekolah Rendah Senegara akan diadakan, ini kerana acara tersebut adalah salah satu daripada aktiviti atau projek tahunan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan.

Pada tahun ini , Sekolah Rendah Rimba II, Zon Brunei III telah terpilih untuk menjadi tuan rumah pertandingan. pertandingan ini telahpun diadakan pada 18 Syawal 1433H bersamaan 06 September 2012M yang lalu.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia Pg Suhaimi bin Pg Hj Bakar, Pemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan. Turut diundang Pemangku Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum , Pegawai-Pegawai Pelajaran Kanan Daerah ( PPKD ) daripada keempat- empat Daerah, dan Pegawai-pegawai daripada Jabatan Kokurikulum serta guru-guru besar dan guru-guru pengawas.

Ketua Bahagian Keagamaan Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Cikgu Hj Hamdani bin Hj Kula menyatakan Antara objektif petandingan ini diadakan ialah :
1) Memupuk dan Meningkatlan kesedaran serta kefahaman beragama dengan menghayati bacaan Ayat-Ayat Suci Al Quran dan Azan.
2) Melibatkan penyertaan murid-murid dalam kegiatan bercorak keagamaan disamping mengasuh bakat dan kebolehan mereka dibidang pembacaan.
3) Mendidik murid-murid dengan menanamkan semangat cintakan Al Quran ketika mereka masih di dalam persekolahan serta menjadikan amalan membaca Al Quran sebagai suatu budaya yang wajib diutamakan kepada murid-murid di Negara Brunei Darussalam.
4) Mendukung konsep falsafah MIB ( Melayu Islam Beraja ).

Sebanyak 19 buah sekolah daripada empat buah daerah telah terpilih untuk menjadi wakil ke peringkat akhir pertandingan, 10 orang murid lelaki yang akan bertanding azan subuh serta doanya dan 10 orang murid perempuan akan bertanding menghafaz ayat-ayat lazim. pada tahun ini ayat-ayat lazim yang dihafaz adalah terdiri daripada :
1) surah Al – A’ala
2) surah Al – Lail
3) surah Ash – Syams

Masing-masing peserta dikehendaki mencabut undian dan menghafaz satu surah sahaja. adapun sekolah- sekolah yang terpilih mengikuti Pertandingan Azan Subuh Serta Doanya dan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim Sekolah-Sekolah Rendah Senegara ialah :

1. SR Mabohai / Br I

2. SR Saba Darat / Br I

3. SR Al Falah Sg Akar / Br II A

4. SR Pantai Berakas / Br II A

5. SR Dato Mohd Yassin / Br II B

6. SR SUAS Muara / Br II B

7. SR Bendahara Sakam Bunut / Br III

8. SR Rimba I / Br III

9. SR Rimba II / Br III

10. AR Al Falah ( Caw. Ban 5 ) / Br IV

11. SR Jerudong / Br IV

12. SR Keriam / Tut. I

13. SR Birau / Tut. I

14. SR Sinaut / Tut. I

15. SR PKN Bukit Beruang / Tut. II

16. SR Perpindahan Bukit Beruang II/ Tut. II

17. SR Tunas Jaya PGGMB / Belait

18. SR SOAS / Belait

19. SR Puni / Temburong

Acara dimulakan sejurus ketibaan Tetamu Kehormat Majlis dengan bacaan surah Al – Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Haji Mohd Osmera, guru ugama SR Rimba II. Seterusnya ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SR Rimba II Cikgu Zauyah bt DDW Hj Yusof selaku Pengerusi Majlis. Selepas itu acara pertandingan dimulakan dengan azan subuh serta doanya dan diikuti dengan menghafaz ayat-ayat lazim.

acara juga diserikan dengan persembahan nasyid oleha murid-murid tahun 5 sementara menantikan keputusan hakim.

Johan bagi Pertandingan Azan Subuh Serta Doanya dan Menghafaz Ayat-Ayat Lazim Bagi Sekolah-Sekolah Rendah Senegara Kali ke 24 bagi Tahun 1433H/2012M, bagi kategori Azan Subuh Serta Doanya jatuh kepada Adik Ahmad Ridwan bin Hj Mohd Zainul Ariffin dari SR Bendahara Sakam Bunut , Br III, Naib Johan , Adik Md Auni Marzuki bin Hj Anuar dari SR Dato Mohd Yassin , Br II B manakala tempat ketiga jatuh kepada Adik Ak Md ‘Ashim Afif bin Pg Hj Md Zin dari SR Al Falah Sg Akar , Br II A.

Manakala Johan bagi Kategori Menghafaz Ayat-Ayat Lazim jatuh kepada Adik Aisyah bt Ahmad Baha dari SR Jerudong , Br IV, Naib Johan jatuh kepada Adik Nur Shahirah bt Hj Bakar dari SR Rimba II, Br III dan tempat ketiga jatuh kepada Adik Hidayahtul Fitri bt Hj Masri dari SR SOAS, Belait.

Penyampaian hadiah kepada hakim-hakim pertandingan dan pemenang-pemenang disempurnakan oleh Yang Mulia Tetamu Kehormat Majlis, manakala penyampaian cenderahati kepada SR Rimba II selaku tuan rumah pertandingan disempuranakan oleh yang Mulia Pemangku Penolong pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Cikgu Roslin bin Suhailee kepada Timbalan Pengerusi Majlis Yang Mulia Cikgu Hjh Siti Mariam bt Hj Md Hashim, Penolong Guru Besar I, SR Rimba II.

Acara diakhiri dengan bacaan doa selamat yang telah dibacakan oleh Yang Mulia Ustaz Rosley bin Hj Mohd Osmera.

Eahh279/12

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: