Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Zon Brunei III

Pada 29 April 2012, SR Rimba II telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Rendah Zon Brunei III yang telah diadakan di Padang Kebajikan Berakas. Tetamu Kehormat pada hari tersebut adalah cikgu Rosli bin Hj Damit, PKD Zon Brunei III. Sebanyak 11 buah sekolah-sekolah rendah di kawasan Brunei III telah ikut bertanding.

Aturcara pada kejohanan tersebut adalah perbarisan lalu pasukan-pasukan sekolah-sekolah yang mengambil bahagian dan pertandingan pebarisan, nyanyian lagu kebangsaan yang diiringi oleh Pencaragan Maktab SOAS, Pembukaan rasmi kejohanan Olahraga dan persembahan senam robik  dari murid-murid SR Rimba II, tetamu kehormat diperkenalkan kepada pasukan-pasukan yang mengambil bahagian, acara olahraga peringkat akhir dijalankan, penyampaian pingat-pingat kepada para pemenang dan para hakim.

Kejohanan keseluruhan pada hari tersebut telah dimenangi oleh pasukan tuan rumah iaitu SR Rimba II dengan memutik 6 emas, 3 perak dan 4 gangsa. Johan Keseluruhan Perempuan dimenangi oleh SR Rimba II (3 emas, 2 perak dan 1 gangsa) dan Johan keseluruhan lelaki juga telah dimenangi oleh SR Rimba II (3 emas, 2 perak dan 1 gangsa). Pemenang Olahragawan terbaik adalah Md Syazwan Bin Md Ridzawan dari SR Katok ‘A’ manakala pemenang Olahragawati terbaik adalah Nurul Izzati bte Ehsan Iskandar dari SR Beribi Telanai. Bagi pertandingan perbarisan lalu telah dimenangi oleh Pasukan dari SR Rimba II.

This slideshow requires JavaScript.

Pelancaran Perpustakaan Bergerak Dan Pertandingan Pidato

Pada hari Sabtu 10/3/2012, Majlis Pelancaran Perpustakaan Bergerak dan Pertandingan Pidato telah diadakan Di Dewan Sukma Indra. Tetamu kehormat pada hari tersebut adalah Yang Mulia Pg Hajah Sarah binti Pg Haji Kamaluddin, Pemangku Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Negara Brunei Darussalam.

Acara dimulakan dengan perasmian dan pelancaran perpustakaan bergerak, bacaan surah Al-Fatihah dan doa selamat, ucapan dari guru besar  SR Rimba II iaitu cikgu Zauyah bte DDW Haji Yusof, diikuti dengan ucapan daripada tetamu kehormat dan ucapan dari pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka.

Acara diteruskan dengan persembahan murid yang berkeperluan khas yang mana seorang murid telah mendendangkan sebuah lagu dan 2 orang murid telah memperdengarkan bacaan mereka dalam bahasa Inggeris. Acara diikuti dengan persembahan nyanyian dari murid-murid enam atas dan persembahan pantun.

Acara diteruskan dengan pertandingan pidato antara murid-murid rendah atas yang telah dipilih semasa pusingan saringan yang telah diadakan pada 6/3/12.  Bagi menunggu keputusan pertandingan pidato, persembahan dekelamasi sajak telah disampaikan oleh salah seorang murid dari tahun 6 dan persembahan tarian daripada Kelab Tarian sekolah ini.

Tetamu Kehormat telah berkenan untuk menyampaikan hadiah dan sijil pada para pemenang dan peserta dan panel hakim. Pertandingan Pidato telah dimenangi oleh Nurshahirah bt Hj Bakar, tempat kedua dimenangi oleh Nurin Farahiyah bt Hj Jafry dan tempat ketiga dimenangi oleh Siti Nurul Ayati bt Hj Roslan.

This slideshow requires JavaScript.

Radio Sekolah Bagi Bulan Februari

Pada 21hb Februari 2012, siaran radio sekolah bagi bulan Februari sesi pertama telah keudara pada waktu rehat. Segmen pada hari tersebut ialah segmen mari belajar bahasa arab, segmen kenali sekolah kita, segmen kenali Negara kitani, segmen keugamaan dan segmen bulan-bulan Islam.

Murid-murd yang terpilih bagi kelab radio sekolah bagi bulan Februari adalah Nur Syahirah binti Hj Bakar tadi Tahun 6A,  Nor Afrina Bt Sani dari tahun 5 D dan Md Fahmi Bin Rosli dari Tahun 4C, manakala guru-guru yang bertangggung jawap adalah Ustazah Erny Azrena bte Hj Hassan dan Nur Ezatul Farisah bte Hj Budiman.

Manakala siaran kedua bagi bulan Februari telah diadakan pada 27/2/12. Segmen pada hari tersebut adalah  segmen mari belajar bahasa arab, segmen kenali sekolah kita, segmen kenali Negara kitani, dan segmen keugamaan.

Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke 28 Tahun SR Rimba II

Pada hari Sabtu iaitu 25hb Februari 2012, sekolah ini telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan Yang Ke 28 Tahun di tempat kawasan perbarisan pagi. Aturcara pada hari tersebut dimulakan dengan perarakan bendera, perbarisan lalu yang diketuai oleh pasukan beruniform, prefek dan diikuti dengan pasukan dari setiap kelas.

Acara diteruskan dengan menaikkan bendera disertakan dengan nyanyian lagu kebangsaan dan pembacaan ikrar yang diketuai oleh ketua prefek iaitu Awang Mohd Raihan Bin Abdul Rahman. Kemudian acara diteruskan dengan ucapan dari penolong  guru besar I iaitu cikgu Hajah Siti Mariam binti Haji Md Hashim.

Kemudian salah murid dari Darjah 6 iaitu Dyg Nurain Bte Abd Rahim membacakan sebuah sajak yang bertajuk Bumi Brunei (karya SuRra). Acara diteruskan dengan persembahan tarian dari murid-murid kelab tarian. Kemudian acara  diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang perbarisan lalu.

Acara diakhiri dengan membentuk bendera Negara Brunei Darussalam dan nyanyian beramai-ramai lagu patriotik, dan ditutup dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Rosley Bin Hj Osmera.

Diharap dengan adanya sambutan ini, ianya akan dapat memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang betapa pentingnya cintakan dan taat setia pada tanah air, mencungkil bakat murid melalui pertandingan perbarisan lalu dan menanamkan sifat patriotik di kalangan murid-murid.

This slideshow requires JavaScript.

Bengkel Kod Brail Tahap 1

Pada 13hb Februari hingga 16hb Februari 2012, satu bengkel kod brail tahap 1 telah diadakan di Blok Permata Hati, Sekolah Rendah Rimba II. Beberapa orang guru yang mengajar murid-murid dari Tahun 1 dan guru-guru yang mengajar di Blok Permata Hati telah terpilih untuk mengikuti bengkel ini. Bengkel ini dikongsikan oleh beberapa orang pegawai dari Bahagian Khidmat Bantu Pelajar Masalah Penglihatan, Unit Pendidikan Khas.

Guru-guru telah diajar menggunakan mesin Brail dan cara membaca kod brail. Dipenghujung bengkel, guru-guru telah diberikan ujian untuk memastikan kefahaman mereka dalam pemakaian dan pembacaan kod brail tersebut.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Bagi Tahun 1433H/2012M

This slideshow requires JavaScript.

Pada 18 Rabiulawal 1433H bersamaan 11 Februari 2012M, hari Sabtu sekali lagi SR Rimba II, telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat sekolah.

Hadir ke majlis tersebut ialah Guru Besar , Penolong Guru Besar I & II, semua guru serta murid-murid.

Majlis dimulakan seawal jam 8 pagi, dengan dimulai dengan bacaan surah Al Fatihah dan doa selamat yang dibacakan oleh yang mulia Ustaz Rosley bin Hj Md Osmera. Seterusnya persembahan tausyeh daripada murid-murid perempuan tahun 6. Kemudian tayangan video Jejak rasul mengenai Perjalanan Rasulullah SAW ke Gua Tsur.

Seterusnya penyampaian cerita mengenai kisah Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah bersama sahabat karib baginda iaitu Sayyidina Abu Bakar As Siddiq, yang mana telah disampaikan oleh Ustazah Erny Azrena binti Haji Hassan ( Ketua Guru Ugama SR Rimba II ) dimana mengisahkan mengenai bagaimana kasih sayang Sayyidina Abu Bakar terhadap Rasulullah antaranya beliau sanggup mendukung baginda rasulullah dibelakangnya semasa menaiki jabal Tsur kerana sangat terharu melihat keadaan kaki Rasulullah SAW yang berdarah akibat luka terkena batu kecil yang tajam ketika berjalan di kaki bukit..

Aktiviti murid juga turut diadakan antaranya aktiviti mewarna , mencari puzzle secara bertulis, dan menulis khat.

Bagi memeriahkan lagi majlis, acara membaca selawat beramai-beramai yang diketuai oleh cikgu Norajrina bt Hj Jahri dan Ustazah Erny Azrena binti Haji Hassan bersama murid-murid tausyeh tahun 6.

wallahu’alam
eahh279

Pelancaran Bulan Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Pada hari Selasa iaitu 7hb Februari 2012, pelancaran bulan Bahasa Melayu telah dilancarkan di Dewan Sukma Indra oleh guru besar sekolah ini iaitu cikgu Zauyah binti DDW Haji Yusof. Pada hari tersebut acara dimulakan dengan bacaan doa selamat yang diketuai oleh Ustaz Rosley bin Haji Osmera dan seterusnya ucapan daripada pengerusi bulan bahasa melayu iaitu cikgu Nurul Ihsan Binti Abdullah.

Setelah pelancaran bulan Bahasa Melayu, dua persembahan nyanyian telah dipersembahkan. Murid-murid rendah bawah menyanyikan lagu ‘Rasa Sayang’ manakala murid-murid daripada rendah atas mempersembahkan lagu yang berjodol ‘Cabuk-Cabuk Bertali Rambai’. Setelah persembahan nyanyian, aktiviti-aktiviti bagi setiap level telah diadakan yang mana bagi minggu pertama ini murid-murid membuat aktiviti Tulisan Jawi.

Sepanjang bulan bahasa melayu ini, beberapa aktiviti seperti peraduan tulisan jawi dan rumi, menulis karangan, tatabahasa dan lain lain akan diadakan. Manakala penutup bahasa melayu ini nanti akan diadakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang sepanjang aktiviti ini diadakan dan diselajurkan dengan pertandingan pidato.

Antara tujuan bulan bahasa melayu ini diadakan ialah bagi melahirkan dan mencungkil bakat yang boleh diketengahkan sama ada di peringkat sekolah mahupun peringkat kebangsaan, disamping mengasah bakat yang sedia ada pada murid-murid, menguji pengetahuan dan kebolehan murid pada perkara-perkara yang berkaitan dengan bahasa melayu dan juga menggalakan bersaing secara sehat dan yakin dengan kebolehan sendiri.

Previous Older Entries

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.